Siapa kata Bung Mokhtar tak layak jadi Ketua Menteri?


Anggota Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin bersama isteri Zizie Ezette A Samad semasa keluar dari ruang mahkamah di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan rasuah, 3 Mei, 2019

Kita lihat telah ramai orang politik Melayu yang membuat ulasan dan kritikan tentang perkara ini. Ramai juga berpendapat lantikan Hajiji itu memudahkan kemenangan Perikatan National dalam Pilihanraya Umum Ke 15 PRU 15 yang akan datang ini nanti.

Saya fikir Bung Mokhtar atau Datuk Seri Bung Moktar Radin Ahli Parlimen Kinabatangan,  tentunya sedar kenapa Hajiji yang dilantik dan wajar bersyukur apabila beliau juga turut dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah.


Maka kerajaan Muhyiddin pun akan jatuh. Sebab itu Muhyiddin akan tentukan enam orang wakil rakyat akan didapati tidak salah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini – 13/6/2020

Dalam kenyataan itu, Mahathir menyebutkan enam ahli parlimen Umno itu ialah Najib Razak (Pekan), Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk), Tengku Adnan Tengku Mansor (Putrajaya), Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling), Ahmad Maslan (Pontian) dan Bung Moktar Radin (Kinabatangan).


Untuk apa memanjangkan lagi atau bertekak tentang isu Ketua Menteri Sabah. Bersyukurlah ketentuan Allah itu. Terdahulu beliau dan isteri berhadapan dengan tuduhan rasuah di mahkamah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM.

Secara kebetulan sahaja Ketua Menteri baru Sabah itu rupanya benar-benar disandang Hajiji padahal Muhyiddin Yassin ketika dihari penamaan calon itu hanya sekadar cakap-cakap politik, itupun kerana Muhyiddin adalah Presiden Bersatu manakala Hajiji pula sebagai Ketua Pimpinan Bersatu Sabah.

Bukankah seperti juga kata Muhyiddin bahawa pengesahannya tertakluk keputusan Gabungan Rakyat Sabah sendiri yang perlu putuskan. Adakah ianya secara rasmi nama Hajiji dihantar kepada TYT? Tidak bukan?

Keputusan dibuat secara bersama malahan Bung sendiri bersetuju ketika sebelum istiadat mengangkat sumpah agar Hajiji sahaja di lantik. Itu bukanlah bermakna Hajiji lebih hebat dari Bung. Begitu jugalah Hajiji bukanlah tidak berkelayakan mengambil tanggung jawab ketika peralihan kuasa dari Warisan kepada GRS. Situasi peralihan ketika ini tentunya amat sensitif. Macam-macam boleh berlaku.

Kita melihat tempuh peralihan kuasa dengan majoriti mudah sahaja kini menggambarkan bahawa Shafie masih diterima oleh rakyat Sabah. Ini yang perlu difokuskan melalui strategi baru pembangunan Sabah untuk kesejahteraan rakyat.

Kerja yang utama kini bukannya melayan kritikan pimpinan UMNO Pusat yang kita tahu tidak dapat mengelak diri dari mempertahankan kes mahkamah yang belum berpihak kepada mereka. Maka tentulah melakukan protes tidak langsung agar diberikan perhatian oleh Perdana Menteri. Hukuman yang Najib terima itu tentunya menghantui mereka.

Rakyat masih memberikan undi dengan kepercayaan yang agak besar kepada Shapie apabila memperolehi 32 kerusi dalam Warisan Plus.

Antara berita dari Penyokong Pembangkang yang perlu diketahui

Perlembagaan Sabah juga jelas memperuntukkan bahawa jawatan Ketua Menteri boleh pula dilantik oleh TYT kepada Warisan dan Shapie jika faktor itu sahaja diberikan pertimbangan.

Iaitu berdasarkan parti yang memperolehi jumlah kerusi terbanyak. Tidakkah ini yang lebih penting kepada barisan pemimpin Sabah yang baru? bukannya pula mencurah petrol agar api semakin marak tentang isu perebutan kuasa dalam GRS itu? Mengapa ianya perlu diperbesarkan khususnya oleh Pimpinan UMNO sendiri.

Muhyiddin perlu mainkan peranan agar tidak semakin melarat sehingga ke PRU15 walaupun terpaksa mengambil masa yang lama untuk diselesaikan sebelum PRU15 selesa diadakan.

Masih ada 3 tahun lagi, boleh tahan? Gabungan Perikatan National tanpa UMNO wajib diperbetulkan. Hubungan akrab dengan PAS perlu juga diperkukuh berikutan isu PAS tidak mendapat sebarang kerusi untuk bertanding di Sabah.

Dalam masa yang sama segala kemungkaran, rasuah, salah guna kuasa, penggubalan wang haram yang terjadi semasa UMNO BN memegang kuasa bersama Najib Razak tidak boleh diperjudikan. Yang dilihat salah perlu terus diadili oleh mahkamah secara bebas dan adil tanpa campur tangan Muhyiddin.

Semua orang politik kenalah faham dengan kenyataan Bung Mokhtar bahawa ‘undur selangkah kebelakang bukan bermakna kalah atau sudah tewas’.

UMNO dan orang Melayu belum tewas. Cuma perlu memperuntukkan masa ditempat yang betul, kurangkan cakap-cakap politik. Buatlah kerja untuk rakyat. Biarkan sahaja tugas mengkritik itu kepada media sosial serta pengkritik bebas menegur demi kebaikan rakyat.

Bagi saya dan berpendapat bahawa Bung Mokhtar apabila dilantik oleh Datuk Seri Hajiji Noor, Ketua Menteri Sabah sebagai Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Sabah semacam ‘pengiktirafan telah bersih’ dari kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah. Semoga Bung jujur bersyukur, kerana bersih dari tuduhan adalah lebih besar maknanya dari jawatan baru lantikan yang diamanahkan oleh rakyat itu.

Pada April lalu Bung dan isteri dituduh di mahkamah dengan dua pertuduhan menerima rasuah sejumlah RM2.2 juta dan RM262,500 daripada ejen pelaburan Madhi Abdul Hamid, 38, melalui Zizie Ezette (isteri Bung), sebagai dorongan bagi mendapatkan kelulusan daripada Menteri Kewangan II untuk Felcra membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual ketika beliau menyandang jawatan sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra.

Dia juga didakwa menerima suapan wang tunai berjumlah RM337,500 daripada seorang lagi ejen pelaburan Norhaili Ahmad Mokhtar, 42, melalui Zizie Ezette bagi tujuan sama.

Usah layan politik pecah belah diatas agenda peribadi seperti yang mereka suarakan di media sosial dengan mengkritik pimpinan baru di Sabah ketika ini. Ada muslihat ‘udang disebalik batu’. Elok lah kerja kuat untuk kemakmuran rakyat dan negeri Sabah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: