ROS Melaka mendidik Pertubuhan Baru Dan Lama Bagi mencapai Visi, Ianya Telah Dijalankan Secara Berterusan Sebaik Covid19 Terkawal.


Ucapan YBhg Puan Masyati Bte Abang Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) menyampaikan amanatnya dengan harapan agar 2 juta ahli-ahli Persatuan di seluruh Malaysia ini dapat menmanfaatkan gerakan pertubuhan yang kita sama-sama tubuhkan itu. Kini Versi baru eRoses diharapkan akan dapat digunakan Apps dan kemudahan IT ini dinaik taraf. Ianya dijangka dapat mempercekapkan proses pengurusan pentadbiran dokumentasi dan maklumat ‘on time’ elert pengguna untuk mendorong sistem dikemaskinikan dalam talian sepenuhnya apabila berlaku perubahan dalam pertubuhan. Versi terbaharu ini dijangka banyak mengurangkan bebanan tugas AJK; dimana dokumen penting mudah dikemaskinikan dengan lebih sistematik.

“Peranan NGO dalam sektor ketiga yang berdaftar itu kini telah memberikan manfaat terus kepada rakyat. Ianya diatas kepentingan masyarakat dan keperluan negara yang mengutamakan pembangunan IT dan telikominikasi.

Jauh lebih utama juga, saya ingin mengingatkan agar ahli-ahli persatuan seluruh Malaysia wajiblah berusaha mengelakkan dan mengekang segala bentuk penyalahgunaan kuasa, rasuah dan pengubahan wang haram”

Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari persatuan juga memegang watak utama dan saya terus mendoakan mudah-mudahan watak penting ini kekal aktif dan sentiasa memperbaiki diri serta terus mengamalkan sistem tadbir urus yang baik didalam persatuan masing masing.

Tambah beliau lagi, “Budaya menyantuni masyarakat yang terkesan akibat Covid 19 oleh gerakan NGO dimana jua, saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah serta terima kasih.

Sangatlah jelas sekali NGO kita sepanjang tempoh PKP telah membantu masyarakat secara jujur sedangkan negara sedang diancam pendamik Covid 19 yang mudah terjangkit”

Tegas Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan Malaysia kepada semua peserta kursus sebentar tadi.

Video: Kursus kini sedang berlangsung di Pejabat KDN Ayer Keroh, Melaka.

Antara yang saya ingin pesankan ialah tentang sebarang Pindaan kepada Perlembagaan Pertubuhan yang diputuskan oleh AJK, masing-masing hendaklah dibuat menggunakan capaian eROS tiada secara manual lagi boleh dipraktiskan.

Anda hanya ada masa terluang tidak lebih 60 hari sahaja. Sebarang perubahan perlulah segera di kemaskinikan dalam eRoses. Kuatkuasa hanya setelah mendapat kelulusan pihak ROS.

Puan Nur Fadhilah BT Muhammad, Penolong Pendaftar Pertubuhan Malaysia menyampaikan taklimat Kursus Asas Pengurusan Pertubuhan.

Contoh-contoh dokumen seperti yang diperlukan oleh ROS untuk diamalkan oleh Setiausaha dan Bendahari boleh dimuat turun dari ‘play stores strim’ untuk dijadikan rujukan.

Ayer Keroh 29 September Mereka yang dikehendaki hadir kali ini dan hari ini ialah pemegang jawatan utama Pertumbuhan iaitu Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari sahaja. Sesebuah pertubuhan yang aktif dan mematuhi peraturan dengan baik apabila 3 jawatan utama ini memberikan komitmen dengan baik secara aktif demi kemajuan Persatuan.

Di Melaka sahaja ada sebanyak 2,500 persatuan berdaftar dan persatuan yang tertua ialah telah berdaftar semenjak tahun 1927 lagi.

Suka diingatkan bahawa perkara yang dibenarkan dipinda ialah seperti apabila ada berlaku kekosongan mana-mana jawatan, seperti Pengerusi atau Bendahari yang meletak jawatan, maka bolehlah dipinda atau diubah jawatan tersebut melalui keputusan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa; tetapi tidak kurang dari 60 hari dari tarikh mesyuarat itu.

Perkara-perkara lain hanya boleh dipinda melalui Mesyuarat Agung Tahunan atau Dwi Tahunan selain borang kosong.

Kepada mana-mana persatuan yang menetapkan Mesyuarat Agung perlu diadakan setiap tahun, maka persatuan itu bolehlah mulai mengadakan AGM agar mematuhi Perlembagaan yang persatuan sendiri yang buat.

Pengerusi, Setiausaha dan Pen Setiausaha Persatuan Khidmat Sukarelawan Sungai Rambai disamping Pengerusi Koordinator Acara Teguh Negeri Melaka.

Jika berlaku kekosongan jawatan AJK kerana meninggal dunia, meletakkan jawatan, dipecat atau digantung dan lain sebab maka undi ke dua tertinggi bolehlah menggantikan mereka yang berhenti. Jika tiada, maka AJK bolehlah melantik bagi mengisi kekosongan tersebut.

Sebarang pembubaran yang sukar dielakkan oleh persatuan, hendaklah diadakan mesyuarat AJK dengan korum yang mencukupi terlebih dahulu, seperti arahan mengikut keperluan Perlembagaan.

Sukacita saya ingin mengingatkan diri saya agar menyusun semula sistem pengurusan persatuan kita sebaik sahaja balik dari mendengar taklimat ini kerana ‘kerja yang bertangguh tidak akan menjadi’ manakala tugas baru akan membuatkan kita meninggalkan pesanan yang nampak mudah tetapi penting.

Tajuk ceramah tadi mungkin nampak asas sahaja yang telah disampaikan secara jelas Tetapi jika ianya gagal dipraktikkan dalam tugasan persatuan, boleh mengakibatkan persatuan kita dibekukan manakala wang persatuan boleh dilucut hak dan diletakkan di Jabatan Insolvensi.

Diakhir program yang telah mencapai objektifnya itu, setiap wakil pertubuhan diberikan sijil kehadiran oleh Pendaftar. Penyampaiannya disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

Menurut Pengarah ROS Negeri Melaka, kursus ini adalah dibawah program ROS CARE kali yang merupakan sesin ke-11 dari 16 sesi yang akan dicapai penghujung tahun 2020 ini. Selain dari Kursus ini, kursus lain juga berjalan mengikut jadual jika tiada kekangan Covid 19; antaranya yang boleh dipohon oleh ahli pertubuhan ialah Kursus eROSES dan Kursus Penyediaan Penyata Kewangan.

Sebarang pemakluman tentang aktiviti Jabatan akan ditularkan melalui Facebook rasmi ROS Melaka dan website ROS Melaka.

Sebarang kemusykilan dan keraguan dalam pengendalian pertubuhan bolehlah mendapatkan maklumat dari situ. Nombor Whatsapp yang dicatatkan itu juga perlulah digunakan.

Sijil dan nota rujukan untuk peserta.

Semua kemudahan itu untuk kemudahan orang ramai tentang sebarang isu dalam usaha menjadikan pertubuhan masing-masing itu sebuah pertubuhan yang mantap dan berwibawa. Insyaallah. Jumpa lagi di lain siri kursus.

Saudara Marzuki Bakar menerima sijil kehadiran Kursus Asas Pengendalian Pertubuhan Koordinator Acara Teguh Negeri Melaka daripada Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

Selamat Maju Jaya.

Wassallm.

%d bloggers like this: