Esok 10.30 pagi Hajiji mengangkat sumpah Ketua Menteri di Istana

Muhyiddin dan Hajiji ketika hari penamaan calon PRK Sabah. Beliau hanya mencadangkan Hajiji Calon Ketua Menteri Sabah jika GRS bersetuju.
Biarlah Hajiji mengetuai Sabah tanpa ada tekanan dalaman dan isu peribadi yang lain yang menjadi senjata kepada pembangkang bagi mengganggu tugasan sebagai Ketua Menteri.
Kerajaan baharu Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan memberi tumpuan kepada usaha menyelesaikan masalah rakyat dan negeri ini selepas berjaya memperoleh majoriti mudah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.




Tiada siapa yang mengkotak-katikkan UMNO atau menjerit leher UMNO, eloklah berfikiran panjang sedikit dan letakkan kepentingan rakyat mengatasi kehendak jawatan yang dikejar.
Dalam keadaan Warisan Plus mendapat 32 kerusi, jika tersalah catur siapa yang wajar jadi CM, mungkin kemenangan yang tidak cukup besar itu boleh menggugat GRS menamatkan tempuh penggal seperti juga yang terjadi kepada Warisan sebelum ini.
SEMUA PIHAK HENTIKAN MAIN POLITIK
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, beliau juga mahu semua pihak berhenti bermain politik dan menumpukan kepada kebajikan rakyat.
BN bersama GRS komited menyegerakan usaha memulihkan negeri ini dan memberi perhatian kepada agenda membantu rakyat selepas berjaya mengambil alih kerajaan daripada Parti Warisan Sabah (Warisan).
Apabila selesai sahaja esok majlis angkat sumpah Ketua Menteri, kita akan memulakan langkah bagi memastikan rakyat mendapat perhatian daripada kerajaan.
Kita mahu semua rakyat tidak lagi bermain politik dan menumpukan perkara penting memikirkan masalah negeri Sabah,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Bung yang juga Ketua UMNO Sabah turut memberi sokongan penuh kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Hajiji Noor jika dinamakan sebagai Ketua Menteri baharu.
Dalam pada itu, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Datuk Dr Jeffrey Kitingan turut menyokong individu yang dicalonkan sebagai Ketua Menteri Sabah.
Kesimpulannya, meski menang PRN Sabah, kemudian berbalah tentang jawatan Ketua Menteri, tetapi siapa pun yang terpilih mengisi jawatan itu, Muhyiddin tetap diasak dan terasak yang akan menjadikan kedudukannya semakin tergugat serta tidak selamat”
– Komen Blog Shahbudin.com Lagi
Samada mengadakan lebih awal atau memberikan ruang lebih lama hampir 3 tahun lagi itu, yang manakah akan memberikan kelebihan kepada Muhyiddin untuk memenangi pilihanraya umum Ke-15 nanti. Mungkin anda yang bijak menekannya.
You must be logged in to post a comment.