Rakyat akan hilang kepercayaan kepada pemimpin politik


PM tepi lagi

Berbicara untuk tidak melayan karenah politik sebegini yang hanya dilihat memperjuangkan jawatan masing masing sahaja. Tak habis habis pasal PM.”

Mereka yang mempersendakan ‘kepimpinan’ kononnya untuk membela nasib rakyat, dalam situasi Covid 19 kini pula, semakin buruk. YDPA, pohon jangan dilayan.

Pentingkanlah masalah rakyat dan bukannya hal pemimpin pula. Tak ada lain kerja lagi ke yang lebih penting selain mabuk kuasa?

Kata Pak Mat mengulas apabila ditanyakan definasi apa itu ‘pemimpin’?

Kita tertanya-tanya juga apabila Tun M pernah menyatakan bahawa YDPA tidak mahu berjumpa beliau baru-baru ini iaitu selepas isu perletakan jawatannya sebagai PM; mungkin diatas sebab kepentingan negara serta mengelakkan situasi tegang oleh rakyat alah lebih elok tidak berjumpa dari perjumpaan yang lebih beresiko perpecahan dan tidak membawa kebaikan.

Kenyataan Anuar untuk bertemu YDP Agung kali ini wajarlah dipertimbangkan juga jika perjumpaan tersebut tidak penting kepada rakyat jelata. Yang penting adalah jawatan PM sahaja. Kuasa mungkin ditangan Agung atas apa alasan sekalipun dilihat bijaksana. Jika perlembagaan menghendaki sebegitu kerana mendahulukan kepentingan rakyat adalah sangat mustahak.

Apa pun ada juga berita yang menyatakan bahawa Anuar diperingkat awalnya telah berpeluang bertemu YDPA.

ISU LOMPAT PARTI

Pemimpin yang melompat jika pun akan terjadi seperti yang didakwa oleh Anuar untuk kali ini sebenarnya lebih pentingkan diri sendiri dari menjaga kepentingan negara, ianya tidak sama dengan kes Tun Mahathir meletakkan jawatan PM Malaysia sebelum ini.

Ketika status Covid 19 semakin parah; sehingga semalam 3 orang lagi telah meninggal dunia manakala yang positif pula semakin buruk situasinya. Perangkaan KKM itu hampir kembali seperti ketika PKP sebelum ini dengan jumlah kes harian ialah 3 digit. Perangkaan terbaharu ini ini amat mengecewakan rakyat dan perlu segera diambil tindakan yang lebih proaktif.

Mengambil kesempatan merebut kuasa dalam penderitaan yang sedang ditanggung oleh rakyat akibat hilang pekejaan sewaktu wabak maut Covid19 itu tempohari, adalah tidak kena dengan masa dan tujuan beliau berkempen dengan mencari publisiti sampai begitu sekali.

Sementara itu kesemua Setiausaha Agung 6 parti yang menyokong Tan Sri Muhyiddin Yasin telah tampil sambil menyatakan sokongan mereka kepada Muhyiddin dan memperkukuhkan kerjasama dibawah bumbung Perikatan National. Semua mereka telah menyangkal dakwaan Anuar tentang kenyataan beliau itu.

Tahukah anda ianya mengheret ramai yang lain membuang masa di kedai-kedai kopi, surau dan masjid dengan penuh debaran serta emosi berdebat, kerana banyak jawatan lantikan politik di peringkat kampung-kampung baru sahaja dilantik dan diisi oleh PN tidak pun sampai 2 bulan, kini kononnya kerajaan lebih baru akan berkuasa pula.

Mana nak letak muka, tok Pengerusi masjid baru beberapa Jumaat berucap sebelum solat Jumaat, samalah juga dengan tok Sidang yang baru kini baru dapat berucap menyelesaikan ucapan 2 jenazah yanv meninggal dah terpaksa berhenti kerja pula. MPKK dan barisan AJK pun belum sempat dapat elaun pun apakah Anuar yang jauh berpengalaman dalam politik kini mula lupa?.

Jelas kelihatan terdesak mengumumkan sendiri jawatan nombor 1 negara itu, sedangkan sebelum ini ramai juga merasa simpati dengan perjalanan hidup politik anuar itu serta sifat sabar dengan karenah Tun Mahathir ketika proses untuk menyerahkan kerusi PM kepada Ketua Pembangkang itu. Bukan itu sahaja, politik yang membawa ke Sungai Buluh juga mendapat simpati banyak pihak termasuk negara luar.

Sehingga membawa pihak media khas itu dilihat bagaikan mimpi dimalam hari serta mengigau pula ketika siang secara berjemaah dengan pihak media. Salah memilih keutamaan akan memalukan diri ketua pembangkang itu sendiri.

wIanya hanyalan akan menambah penderitaan rakyat, sedangkan fokus mereka yang utama adalah membantu meringankan beban rakyat serta dikerapkan turun gelanggang bagi membatu dan menasihatkan warga yang memilihnya di Parlimen agar terus mematuhi arahan kerajaan Covid 19 itu. Isu tentang langkah-langkah mendepani wabak maut itu dan Sop yang perlu dilakukan dengan serius oleh orang kampung. Bukannya mengalih arah dan perhatian rakyat untuk mendapatkan sokongan melantik beliau sebagai PM yang baru menggantikan Muhyidin Yassin.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengesahkan ahli-ahlinya seramai 42 Ahli Parlimen parti itu akan memberikan sokongan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Sementara itu Muhyiddin telah mengeluarkan kenyataan rasmi status mengenai isu ini.

Kenyataan media PM.

Wallahuaalam. Fikir-fikirkan lah juga.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: