Muhyiddin sememangnya berhasrat mengadakan PRU15 lebih awal


Sumber dari Singapura itu dipetik sememangnya beliau bercadang mengadakan Pilihanraya Umum PRU Ke-15 lebih awal dan diperkukuhkan lagi apabila beliau pernah juga membincangkan mengenainya dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi MPT Parti Bersatu bulan Jun lepas. Ianya merupakan PRU pertama gabungan itu iaitu Perikatan National PN dan BN selepas mengambil alih kerajaan dari Pakatan Harapan PH.

Perdana Menteri tentulah ingin mengadakan lebih awal kerana sudah tentu tidak mahu terus dituduh bahawa kerajaannya tidak mempunyai mandat rakyat. Ianya terjadi selepas Tun Mahathir Muhammad meletakkan jawatannya Mac tahun ini. Anggota Parlimen membuat keputusan memilih Muhyiddin menggantikan Tun M dan akhirnya diperakui oleh Yang DiPertuan Agung.

Apa sahaja yang berlaku dalam perubutan jawatan nombor satu negara itu telah dilakukan tanpa menyalahi mana-mana undang-undang Malaysia, menurut Perlembagaan Persekutuan serta ianya terjadi secara mengejut hanyalah untuk memastikan kerajan Malaysia masih terus berjalan dengan baik biarpun dengan hanya dengan mejoriti tipis didewan rakyat bersama Ahli-Ahli Parlimen Malaysia.

Semua tahu perkara ini tidak payah diulas lagi kerana detik cemas itu telah diikuti sepenuhnya dengan debaran oleh sebahagian besar rakyat negara kita.

Jadi sampai bilakah semua ini akan terus menjadi bahan cemuhan parti lawan? tuduhan demi tuduhan setiap hari dilemparkan parti lawan PH di media-media sosial dan kita sendiri dapat lihat dalam sesi perhahasan di Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Undangan Negeri.

Rakyat melihat perkara ini seolah-oleh tiada perkara yang lebih mustahak untuk mereka bertekak dengan bahasa-bahasa kesat yang menggambarkan keperibadian tidak manis oleh pemimpin-peminpin Malaysia. Kita boleh lihat sindiran diserata dunia dan mentertawakan Malaysia semacam ianya bahan lawak melucukan.

Berapa orang sahaja yang sukakan kepada porak peranda macam ini? Tidak puatus-putus kita dimalukan dimata global selepas kes 1MDB dan SRC International dimana Najib Razak PM yang dijatuhkan oleh kuasa rakyat dalam PRU14 bersama kerja kuat Tun M dan PH itu.

Rakyat hendak rasakan dan inginkan sedikit kemakmuran negara, kesejahteraan dan pacuan ekonomi yang lebih baik. Kalau ianya tidak terjadi, paling kurang pun bukannya nak makan mewah, asalkan anak dapat elok bersekolah pun syukur Alhamdulilllah.

Kita tidak kira siapa sahaja yang memegang kuasa. Perut tidah mungkin boleh terus diikat, apa lagi setelah berbulan-bulan berkurung dirumah tanpa bekerja kerana pendemik penyakit Covid 19 yang membunuh manusia serata dunia kini. Itu nasib baik kerajaan amat perihatin mengulurkan bantuan dianggap cukup banyak. Kerajaan Malaysia diiktiraf oleh dunia di tempat ke-4 yang paling baik menangani wabak penyakit ini bersama barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia, PDRM, MKN dan ahensi serta jabatan lain.

Rakyat menghargai jasa kerajaan baru setahun jagung ini dibawah Perikatatan National PN, UMNO, BN, PAS dan Bersatu. Kita yakin Muhyiddin telah melakukan yang terbaik mungkin.

Kita tidak mahu sebut lagi perkara telah terjadi. Kita lebih pentingkan yang mendatang. Masa hadapan negara selepas ini bagaimana perancangannya? Bila agaknya PRU15 dan siapakah yang diyakini mampu mencapai aspirasi rakyat? Apakah Muhyiddin Yassin mampu bawa hasrat rakayat itu? Jika tidak boleh siapakah pula yang kita yakin berupaya? Atau saki baki kleptokrat akan mendominasi semula pemerintahan negara? Bagaimana dengan mereka yang masih berhadapan dengan tindakan mahkamah akibat salah guna kuasa, rasuah dan yang masih belum selesai tuduhan yang dikenakan kepada mereka itu?

Biar apapun yang dilakukan dengan jujur dan amanah, prinsip-prinsip utama tentang bersih dan kelihatan bersih dalam memegang amanah rakyat tidak harus diketepikan walaupun kerana ingin terus berkuasa. Akhirnya rakyat yang menilainya semula dalam Pilihanraya Umum PRU15 nanti. Sejarah kemenangan 7 kali berturut-turut melalui Muaafakat National MN dan BN dalam Pilihanraya Kecil PRK baru-baru ini bukannya menjadi tali pengukur sepenuhnya yang BN akan mengambil alih kuasa di Putrajaya nanti. Begitulah juga tentang siapakah akan menjadi PM ketika itu.

Rakyat mungkin sekali lagi menjatuhkan ‘hukumannya’ di PRU15. jika sebelum ini pun hanya mengambil masa yang singkat sahaja dalam kempen yang dilakukan oleh rakyat. Akhirnya BN tumpas.

Ambil nama sahaja telah 60 tahun telah berkuasa, bukankah telah tumbang? Tentulah ia bukan mustahil apatah lagi dengan kekuatan media sosial dihujung jari rakyat yang akan tular berita sepantas kilat. Kini ianya telah tdak lagi mampu diubah oleh media arus perdana. Muhyiddin perlu merencana segera semua ini. Rakyat juga tentunya akan terus membantu dan bukan sekadar melihat sahaja. Apa yang terdaya mereka akan lakukan, mahu baiklah sahaja. Termasuklah tentang masa depan UMNO, Bersatu dan orang-orang Melayu selepas ini.

KEBANGKITAN RAKYAT MENUMBANGKAN KLEPTOKRAT PRU14 TAHUN APR-MEI 2018

Bukan semua rakyat hendak berebut tempat dalam politik. Bagi yang betul-betul jujur kerana Allah kita sokong. Pastikan terus meletakkan undang-undang negara supaya dilihat berada ditempatnya.

Jangan kuat temberang lagi. Mereka yang menilai dan menghukum. Kata orang bahawa kalau sudah rezki kita, ianya tak akan tersalah alamat. Berdoalah dan bersyukur.

Terdahulu Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 18 September lalu memberi bayangan Pilihan Raya Umum ke-15 PRU15 mungkin diadakan lebih awal sekiranya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September ini.

Wallahualam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: