APAKAH KESUDAHAN NASIB UMNO SELEPAS KES SRC ITU?


BAGAIMANAKAH NASIB UMNO SEBELUM PRU15?

” .. bersedia berdepan sebarang keputusan UMNO, susulan keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman tujuh pertuduhan dikaitkan dengan SRC International Sdn Bhd.. “

– najib

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, memerintahkan Ahli Parlimen Pekan itu dipenjarakan selama 12 tahun dan denda RM210 juta selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Bekas perdana menteri itu kelihatan tenang semasa hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membacakan keputusan beliau di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Kata Mohd Nazlan, pihak pembelaan gagal mewujudkan keraguan yang munasabah ke atas kes yang dibawa pasukan pendakwaan […]

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, sebelum ini 28 Julai 2020 dilaporkan berkata parti akan mengambil keputusan politik yang besar berikutan keputusan mahkamah berkenaan.

ORANG RAMAI MASIH BERI RIAKSI BAHAWA UMNO MUNGKIN DIHARAMKAN APABILA KES 1MDB SELESAI

Rata-rata menyatakan keraguan melihatkan akan reaksi bercampur-campur terhadap pemimpin UMNO semenjak Najib didapati bersalah di Mahkamah Tinggi terhadap kes SRC. Mereka tidak mahu Bersatu turut terpalit apabila menjalin ikatan dengan UMNO dan PAS.

Kenyataan yang dilihat agak keras kebelakangan ini terhadap jalinan ikatan Bersatu dan Muaafakat National ketika permohonan Bersatu untuk menyertai Muaafakat National haruslah ditapis agar tidak menyentuh hubungan baik antara semua pemimpin yang berada dibawah Perikatan National.

UMNO membuat keputusan tidak menyertai Perikatan Nasional (PN), sebaliknya akan memperkasakan Muafakat Nasional (MN) bersama PAS dan komponen Barisan Nasional (BN).

Pendirian Zahid selepas Najib bersalah itu diumumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 30 Julai.

Beliau berkata, sokongan kepada kerajaan PN ketika ini, hanya berlandaskan sokongan Ahli Parlimen UMNO dan BN serta ADUN dalam pembentukan Kerajaan Pusat dan di beberapa negeri.

“..UMNO menghormati keputusan yang dibuat oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi, tidak seperti pihak-pihak lain yang mempertikaikan institusi kehakiman negara apabila keputusan tidak berpihak kepada pemimpin mereka. Meskipun disabit kesalahan di Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Najib masih ada ruang dan hak untuk melalui proses perundangan yakni rayuan..:

-– Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan

Negara akan sekali lagi diterajui oleh Perdana Menteri dari parti UMNO sekiranya menerima mandat daripada rakyat, kata Tan Sri Annuar Musa

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, keyakinan itu adalah bersandarkan pada kedudukan parti Melayu. Ini kenyataan terbaharu dari UMNO.

Khairi menyatakan ketika ini tiada pemimpin dari UMNO dan PAS yang layak jadi PM

Reksi Annuar Musa itu sebagai merujuk kepada kenyataan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin bahawa sehingga kini tiada pemimpin daripada kalangan Umno dan Pas yang lebih berwibawa daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menerajui negara.

Dalam masa sama, UMNO juga, kata Annuar, pragmatik dalam bermuafakat dan berkongsi kuasa, asalkan matlamat perjuangan demi agama, bangsa dan negara dicapai. Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang kini memerintah negara merupakan gabungan antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), UMNO dan Pas.

WALAU APAPUN KEPUTUSAN KES NAJIB DAN PEMIMPIN YANG LAIN DALAM UMNO SEBENARNYA NASIB MEREKA (UMNO) BERGANTUNG JUGA KEPADA KEPUTUSAN KES ZAHID APABILA IANYA DIKETAHUI

%d bloggers like this: