Pilihanraya Negeri Sabah 26 September, 12 hb Penamaan Calon Dan 73 DUN dipertandingkan.


Noraini – Ketua Penerangan Wanita UMNO Sabah

Isu yang sama seperti di PRK Kimanis masih menghantui rakyat Sabah dalam PRN kali ini yang dijadualkan pada 26 September ini. Dalam PRK Kimanis Keputusannya Warisan telah tewas, manakala BN menang dengan wakil calonnya Mohamad diisytihar memenang dengan memperoleh 12,706 undi.

Keputusan PRK Parlimen Kimanis, Sabah sebelum ini dimenangi oleh BN

“Rakyat Sabah sudah memberi peluang kepada kerajaan Warisan untuk menerajui kepimpinan negeri Sabah tetapi apa yang lakukan mereka gagal mentadbir dengan baik malah banyak isu-isu yang berlaku. (Contohnya) kalau kita lihat kerajaan Warisan ini mesra PTI (pendatang tanpa izin) ini adalah isu yang sentiasa bermain di hati rakyat sehingga kini,” ujar Ketua Penerangan Wanita UMNO Negeri Sabah, Noraini Idris

Sepanjang seminggu kempen berlangsung, isu Pas Sementara Sabah (PSS) paling dominan menjadi bahan kempen sama ada bagi pihak kerajaan mahupun pembangkang.

Tidak dinafikan, PSS yang dikaitkan dengan pendatang asing tanpa izin (Pati) bakal menjadi senjata ampuh BN untuk menumbangkan pengaruh Warisan.

PRN Sabah ditetapkan pada 26 September, manakala hari pencalonan pada 12 September dan pengundian awal pada 22 September dengan sejumlah 1.12 juta pemilih berdaftar layak mengundi.

Pada 30 Julai lepas, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan pembubaran DUN Sabah selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dengan SPR menerima pemakluman rasmi mengenainya pada keesokkan hari.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: