PM akan bawa usul naikkan bantuan bulanan JKM ke jemaah menteri


PM juga meluahkan rasa sedih dengan nasib golongan B40 itu walaupun negara telah lama merdeka.

“..Saya tahu cakap aja,ini mempunyai implikasi kewangan yang besar,tapi saya tidak peduli. Inilah aspirasi kerajaan Perikatan National, mereka ini menderita sejak sekian lama. Sedangkan negara telah pun lama merdeka..”

– Muhyiddin Yassin, PM Malaysia.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengusulkan agar bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang pada masa ini berjumlah antara RM200 dan RM300 kepada mereka yang layak dinaikkkan ke RM1,000

Mereka ini manusia yang masih hidup, tetapi dengan pendapatan kecil, sukar untuk hidup sejahtera sepertimana rakyat lain.

Muhyiddin menyatakan hal ini ketika mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Sabah tempohari. Cadangan itu akan beliau kemukakan pada mesyuarat jemaah menteri minggu depan.

Beliau ketika membuat Perutusan Hari Kebangsaan baru-baru ini juga berkata bahawa angka-angka pertumbuhan ekonomi hanya akan bermakna apabila rakyat mempunyai sumber pendapatan yang mencukupi, kediaman yang selesa, pendidikan yang sempurna, kesihatan yang baik, alam sekitar yang lestari dan keselamatan yang sentiasa terpelihara untuk menjalani kehidupan yang bahagia dan sejahtera.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: