Tindakan ‘Pengkhianat’ Balun ‘Pengkhianat Tewas’ Bermakna Tiada Lagi Isu Pengkhianatan.


Di atas tuduhan membantu Calon Bebas (Parti Pejuang) di Slim, ianya akan dilapur kepada Lembaga Disiplin

“.. usah dibuat lagi tidakan disifatkan ‘double standard’jika sebelum ini boleh pula 280 orang ahli termasuk di Melaka telah digugurkan keahliannya menurut Perlembagaan Bersatu .. gugur secara otomatik, kenapa tidak kepada Osman ini? ..”

– Komen dari beberapa Ahli Bersatu Sungai Rambai

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Pulai membuat aduan rasmi kepada Lembaga Disiplin parti berhubung tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kempas, Datuk Osman Sapian membantu kempen calon bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim, baru-baru ini.

Ketua Bahagian Bersatu Pulai, Ya’cob Atan berkata, aduan rasmi akan dihantar minggu depan selepas mengadakan mesyuarat bahagian berkenaan pada Khamis ini.

Musuh Dalam Selimut Wajib Dikawal Bagi Elakkan Keahlian Dwi-Parti Secara Sembunyi, Tidakan Diibaratkan Seperti Anai-Anai Iaitu Perosak Senyap

Jika tiada tindakan serius dalam hal pemecatan ahli dianggap sebagai ‘pengkhianat’ ini maka sukarlah Bersatu mengawal sikap disiplin ahlinya yang secara senyap-senyap menyokong parti lawan didalam apa-apa pun event yang akan dilakukan oleh Bersatu pada masa akan datang.

Persiapan yang rapi perlulah dilakukan memandangkan ada kemungkinan PRU 15 akan dilakukan pada tahun 2021. Oleh itu penyusunan ahli yang benar-benar setia wajiblah dilakukan dari sekarang. Kepada mereka yang bermuka dua (Dilarang oleh ROS) pula diharapkan agar pilihlah parti yang anda benar-benar mahu perjuangkan. Rakyat memerhatikan akan prinsip anda berparti walau dimana sahaja anda berada dalam masyarakat.

%d bloggers like this: