Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia Tahun 2020
Muhyiddin Yassin mengibarkan jalur gemilang sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2020 di Dataran Perdana Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini.
“..semangat Malaysia Prihatin ini dizahirkan bukan sahaja bagi mereka yang bertugas di barisan hadapan, malah, pelbagai lapisan masyarakat yang merupakan wira tidak didendang..”
– Muhyiddin Yassin
PUTRAJAYA: Berikutan usaha semua pihak memerangi pandemik Covid-19, kerajaan memilih tema Hari Kebangsaan pada tahun ini iaitu Malaysia Prihatin, kata Perdana Menteri.
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tema tersebut juga menunjukkan inisiatif kerajaan merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan kelangsungan rakyat.
Telah menjadi fitrah atau tabiat semulajadi manusia inginkan perpaduan tidak kira apa kaum atau bangsa mereka. Tiada manusia dari apa kaum atau bangsa sekali pun yang sukakan perpecahan. Lebih-lebih lagi kalau perpecahan itu membawa kepada permusuhan dan seterusnya kepada perbalahan, pergaduhan dan peperangan.
Jadilah Lebah Jangan Jadi Langau


Jadilah Lebah:
Menjalinkan ikatan kemesraan dan kasih sayang , berganding bahu dalam melaksanakan sesuatu kerja dan mencipta peluang peluang baru yang memberi manfaat. Membentuk perpaduan dalam mencapai visi dan bukannya mengwujudkan perpecahan sedangkan jelas dibuktikan bahawa kelompok kecil anda sudah tidak diterima lagi oleh orang ramai dalam koloni Malaysia.
Jangan Jadi Langau:
Perbuatan menghasut yang memecah belahkan orang Melayu, membawa unsur keburukan yang merosakkan nilai nilai murni , tidak mempunyai sifat kebersihan, tercemar kesihatan, pemikiran, akhlak dan pegangan. Sehingga walau dimanapun yang kita datang, hanyalah membawa masalah kepada masyarakat dan negara.
“Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan.”
[QS. An-Nahl : 69]
Kalau berlaku pergaduhan dan peperangan, manusia akan jadi susah. Susah dalam mencari rezeki, tidak aman dalam perjalanan, tidak dapat tidur, tidak dapat rehat, sentiasa sahaja bimbang, takut rosak harta benda ataupun terkorban nyawa. Kalau masih hidup pun selepas peperangan, mungkin akan cacat anggota. Dengan demikian, akan terhalang untuk mencari kekayaan, untuk membangun dan untuk membuat kemajuan.
You must be logged in to post a comment.