Dalam Sejarah Malaysia Calon Bebas Menang 2 Kali Sahaja Itupun Parlimen


Jika rakyat menggamati tentu timbul isu anak beranak dalam satu kapal, tidak positif untuk perjuangan parti.

Jika Rundingan Terus 6.6 Bilion (101 projek) Tiada Masalah Kenapa Heboh


Ramai rakyat memikirkan bahawa isu sensasi di dewan rakyat baru-baru ini yang dibentangkan oleh menteri kewangan itu dijangka menyalahi daripada mana-mana peraturan kewangan jabatan yang sepatutnya dikuatkuasakan. Jumlah 6.6 bilion adalah sangat besar untuk 101 projek adakah mendapat kelulusan Kementerian Kewangan? Jika pembentangan itu tidak menunjukkan apa-apa penyelewengan dan pihak jabatan audit negara tidak kuiri, maknanya tatacara kewangan telah dipatuhi, jadi kenapa nak heboh? Buat apa yang dibentangkan di parlimen? sekadar membuang masa dan mendapatkan publisiti murahan mentang-mentanglah Pilihanraya Kecil tidak berapa hari lagi.