PERSIDANGAN PPBM DI MELAKA (BANDAR) KECOH, MUHYIDDIN DIPANGGIL PENIPU SEBAIK SAHAJA NAMANYA DISEBUT DALAM PERSIDANGAN


Kita ramalkan satu perubahan besar kemungkinan akan dilakukan terhadap pengurusan Bersatu Melaka khususnya selepas perpecahan Bersatu kini dan setelah nama Parti Pejuang disebut oleh Tun Dr Mahathir Mohammad yang ketika ini pendaftaran nama parti itu dalam proses didaftarkan.


SET TFN BROWNIE 01

KEMPEN IKLAN: Produk TFN Brownie Dikilang Di Malaysia, halal, Penghantaran hanyalah di Semenanjung Malaysia sahaja. Setiap SET TFN BROWNIE 01 ini mengandungi 3 bungkus biskut coklat pelbagai perisa (tidak ditetapkan); 3 px @ 80 gram/px. Harga Produk: 1 SET: S$ 4.00 @ 3 px = S$ 12.00 atau RM 38.40

S$11.25


Justifikasi tersebut diperkuatkan lagi setelah proses persidangan Bersatu di semua negeri telah disempurnakan pada 22 Ogos iaitu semalam.

Ramai melihatkan ada perubahan tertentu mengikut komposisi jawatan dipertandingkan khususnya jawatan Naib Presiden Bersatu Malaysia yang dijangkakan akan berlaku nanti.

Ianya boleh terjadi sekiranya dikehendaki oleh Presiden Parti bagi memperkukuhkan Bersatu Melaka iaitu sebaik sahaja pemilihan jawatan-jawatan di peringkat tertinggi dapat di selesaikan.

Dengan penubuhan Parti Pejuang nanti kita akan lihat bahawa lebih banyak perpecahan yang melibatkan semakin ramai dijangka meninggalkan Bersatu.

Berapa ramaikah ahli-ahli Bersatu akan keluar bersatu sebaik sahaja Parti Pejuang mungkin diluluskan pendaftarannya oleh pihak Pejabat Pendaftar Pertubuhan?

“Ini akan mengakibatkan lebih ramai keluar daripada parti Bersatu. Jumlah keahlian Bersatu yang tidak sebesar mana sebelum ini pun dianggarkan hanya sekitar tidak sampai 700k orang, itu dah ‘over estimate’ dah”

– Pak Uda; ahli Bersatu Cawangan Pekan Lendu, (bukan nama sebenar), sebaik diajukan soalan tentang perkembangan terbaru Bersatu kini.

Jadi apakah akan terjadi sekiranya benar-benar berlaku di mana 50 peratus daripada jumlah keahlian tersebut yang secara automatik terkeluar daripada ahli Bersatu atau pun terpaksa diambil tindakan disiplin oleh pihak pertubuhan Bersatu kerana menyalahi dan melanggar perlembagaan parti. perkara ini dijangkakan oleh ramai pihak berdasarkan kepada perkembangan terbaru dalam Bersatu kebelakangan ini.

Bolehlah digambarkan selepas perpecahan ini maka ahli nya tidak mungkin mencapai 500 ribu ahli pun, maklumat dibawah yang kita tahu ramai sudah doman, manakala yang tidak bersuara itu telah kembali ke pangkuan UMNO semula.

Sifir ini tidak mengambil kira jumlah ahli ketika berlaku kekecewaan pertama akar umbi, setelah waktu itu masing-masing kehilangan jawatan dan sumber pendapatan biarpun kecil nilainya seperti di MPKK, Ahli Majlis, JK Masjid, JAPERUN dan lainnya akibat tumbangnya Pakatan Harapan tempuhari.

Perpecahan Demi Perpecahan terjadi; yang dapat jawatan adalah mungkin Ketua Bahagian sahaja tetapi yang ramai kecewa adalah ahli akar umbi yang berada dibawah ini.

Pengurusan jentera urus tadbir UMNO BN di bawah Ketua Menteri baru ini di Melaka kini dilihat tidak mengambil pusing kehadiran komponen parti Bersatu dan juga Jawatankuasa Cawangan Bersatu yang sedia ujud semasa zaman kerajaan Pakatan Harapan lagi.

Ahli BERSATU yang berada di DUN, Mukim dan Kampung desa selama ini dalam PH dapatlah juga bekerja dan elaun walaupun Ketua Menterinya dari Parti Amanah. Kini perjawatan sebagai penyelarasan di Japerun turut telah diambil alih sepenuhnya semula oleh UMNO, kononnya Perikatan National bertunjangkan UMNO telah menguasai Dewan Undangan Negeri Melaka. Apa yang tinggal?

Ada agaknya 300k lagi?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: