Kenyataan Media JPP Bersatu


Keputusan Pemilihan Jawatan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu

Ahli BERSATU telah bersuara sekadar yang tidak melampaui kuasa Presiden

Kami mengucapkan tahniah kepada yang menang secara demokratik, kepada yang tewas dan yang tidak disenaraikan, muhasabahlah diri sediri dimanakah silapnya, post mortem, agar ada perubahan yang mampu dilakukan pada tahun-tahun persidangan dan pemilihan lain tahun; cuba lah lagi.

Ahli kita, Cawangan kita dan Bahagian kita yang menyokong anda yang menjadi Perwakilan. Ada jenguk?; tentulah anda boleh kenal tetapi undi siapa nak beri. Melainkan anda sesudah berjaya, terus melupakan ahli anda sendiri. Hendak jawatan sahaja, balik kampung pun menyorok.

Ahli anda bukanlah seramai mana pun.

Jika anda menang hanya kerana taktik kotor, calon tidak ingin bertanding atau mengikut telunjuk pihak atasan dan malas gaduh, elok sahaja tidak usah bertanding; itu bukanlah kekuatan anda sebenarnya.

Atau bukan juga diatas kerja keras yang anda telah sumbangkan. Itu maksusnya ahli sudah menyampah. Duduklah sahaja diperingkat kini sahaja, manakala jaminan juga belum tentu anda mampu kekalkan apa yang anda sudah dapat.

Jadi jangan fikir anda sudah popular, sedangkan menteri pun boleh tewas. Teruslah dengan bertekak kononnya anda sudah cukup bagus. Dapat jawatan?

Keputusan JPP itu belum muktamat lagi, sebab proses rayuan masih ada lagi. Bukankah ramai yang tidak berpuas hati dengan kerja kerja JPP.

Ambillah tindakan mengikut peraturan sedia ada, pihak media terima aduan umum sahaja dan boleh suarakan secara umum sahaja. Bukti perlu dikemukakan kepada JPP.

Khususnya bagi kes Ketua Srikandi Bahagian Jasin dimana pencabarnya tewas 1 undi sahaja, sedangkan dia ada bukti dia menang 2 undi. Itupun jika masih dalam BERSATU lagi.

Sekarang ini ramai kes yang keahlian gugur dengan sendirinya seperti ‘buah mempelam’, manalah anda juga saya tahu yang anda pun status keahlian anda telah ‘beku’. Apatah lagi sistem keahlian online masih belum online.

Ini serupa juga seperti menang secara otomatik, yang ramai mencurigakan apabila tanpa keperluan Ahli Jawatankuasa disiplin terlebih dahuli bersidang untuk jatuh hukuman.

Tidak mengapalah kerana itu adalah Hukum Perlembagaan Parti. Yang buat Perlembagaan juga Ajk Penaja sahaja bukan tuhan. Kita tahu bahawa Pertubuhan iaiyu PPBM yang tulis dan serahkankepada ROS.

Adil atau tidak, samada ianya menjaga kepentingam ahli yang lebih ramai yang akan menyokong kita atau sebaliknya mengutuk kita ‘penipu’, ianya sudah dikira hukum Perlembagaan, ikutlah sahaja dan tak usah dipinda mengikut peredaran zaman, walaupun berkecamuk jadinya.

Jika semudah itu menjawab isu ahli anda, atok aku yang dulunya Tok Siak pun layak menjadi SU.

Inilah antara faktur yang akibatkan ahli benci dan kesannya seperti semalam, mereka protes bahawa Presidin pun dilaungkan ‘penipu’. Buat malu ‘parti sahaja.

Ahli Bersatu Bahagian Alor Gajah semalam melakukan semakan kelayakan bagi kelayan menghadiri Perhimpunan dan Memilih Calon.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: