Mesyuarat Persidangan BERSATU Masjid Tanah Sedang Berlangsung.


Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin sedang berucap di Persidangan BERSATU Masjid Tanah.

Perwakilan dari semua Cawangan bagi P134 Bahagian Masjid Tanah sedang mendaftar diri untuk menyempurnakan Persidangan BERSATU kali ini.

Mesyuarat yang diadakan di Dewan Utama Kompleks Kemahiran Tinggi MARA, Paya Lebar, Masjid Tanah akan disempurnakan oleh YB Datuk Wira Hajjah Mas Ermieyati Samsudin, MP Masjid Tanah Ketua Bahagian BERSATU Masjid Tanah, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan bersama YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, MP Alor Gajah, Ketua Pimpinan Bersatu Negeri Melaka, Ahli MPT Malaysia juga Menteri Tugas Tugas Khas JPM dan diikuti dengan proses pemilihan untuk calon-calon yang bertanding bagi Jawatankuasa Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU Malaysia.

Menurut Saudara Nazri Ramli, Timbalan Ketua Bahagian, bahawa proses pemilihan Pesidangan ini dikendalikan oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dan Pemerhati Persidangan juga turut sama dijemput manakala kehadiran perwakilan setakat ini sangat menggalakkan.

“Pemilihan bagi Sayap Parti iaitu Jawatankuasa Srikandi BERSATU Malaysia minggu lalu telah dilakukan dan saya mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan tahniah diatas kepercayaan perwakilan Srikandi seluruh negara yang telah memilih YB Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin sebagai Naib Ketua Srikandi Bersatu Malaysia.” Ujar Nazri Ramli.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: