Kegagalan Pakatan Harapan: Hilangnya sokongan Melayu kepada PH sangat membingungkan pemimpin bukan Melayu.


Kesemuanyas secara jelas telah diterjemahkan melalui tahap sokongan oleh orang Melayu ketika menghadapi ujian getir yang tidak mampu ditangani oleh PH dalam 5 PRK yang akhirnya tewas.

Justeru PH khususnya pemimpin Melayu hilang semangat juang, lari fokus dalam menentukan keutamaan dasar jangka pendek untuk mendapatkan kembali tahap keyakinan rakyat kepada PH semula.

Rakyat semakin nampak kelemahan sang menteri, PM dilihat seolah-olah berfungsi dengan regu yang tumpul akibat tiada pengalaman mengurus sebuah organisasi yang bedar  idea mengapu, kakitangan awam masih terkejut, pusat latihan kehilangan fungsi dan kelicinan pentadbiran semakin parah.

Rakyat bertambah hilang keyakinan apatahlagi bila media sosial di monopoli oleh pembangkang. Maka manifesto PH menjadi bahan ejekan, mengakibatkan janji dan tohmahan ketika kempen PRU14 gagal diurus terutama nya isu kleptokrasi dan rompakan fsna awam olehpe, bangkang dilihat sebagsi pembohongan murahan hanya bertujuan menarik simpati dan memenangi PRU sahaja.

Isu kononnya Malaysia akan bankrup juga telah menjadi senjata pihak lawan dan  berjaya menagih simpati akan tuduhan yang sehinggalah PH tombang, tiada seorangpun pemimpin UMNO BN  yang dituduh penyamun itu diputuskan bersalah di mahkamah.

Kalau pun ada rasuah yang rakyat terbaca atau dimomokkan dalam kempen politik hanya masih ditahap repot polis atau siasatan masih belum lengkap sedangkan mereka yang disyaki  masih bebas dan jika pun ada masa gantung tugas sudah hampir 2 tahun dan sepi. Rakyat memerhati dan menilai.

Keadaan hari bertukar bulan akirnya menjadi ajukan pembangkang sahaja.

Objektif yang lebih penting dilaksanakan oleh kerajaan PH lebih banyak masa dihabiskan menjawab masalah kononnya cetusan DAP terhadap hak keistimewaan Melayu, komunis, rasis, dan kononnya tiada menteri melayu yang patut menerajui Kementerian Kewangan serta desakan penyokong Anuar Ibrahim terhadap janji PM8 yang kononnya sengaja dilewat-lewatkam oleh Tun M. Rakyat bosan.

PH semakin hilang kekuatan dan fungsi yang lebih utama untuk memperbaiki tahap ekonomi rakyat dilihat hanya dihabiskan terhadap tugasan yang bukanlah keutamaan awal.

Peranan DAP dalam kerajaan seringkali merosakkan fokus utama. Ada sahaja cetusan sensitiviti yang timbul sehingga kepada perkara yang melibatkan hak keistimewaan Melayu dalam Perlembagaan kerap kali timbul yang dicetuskan orang ahli DAP atau rakyat yang menggambarkan kecurigaan samada dalam atau luar PH.

Tempoh yang sesingkat 22 bulan kerajaan PH itu, tentulah tidak sebanyak mana pun gerakerja yang sempat membawa impak positif seperti janji-janji Pilihanraya yang lalu.

Pentadbir yang dilantik untuk menerajui sesebuah Jabatan dan agensi atau anak syarikat pula bukanlah mempunyai pengalaman dan pengetahuan mendalam untuk menerajui dan pembuat dasar penting bagi merealisasikan misi dan visi Jabatan tersebut.

Lazimnya tahun pertama jika terlantik sebagai bos, hanyalah sekadar dapat mempelajari selok belok pengurusan organisasi, Prosedur Perakaunan Pengurusan Buku Vot, dan Akaun Amanah .

Tahap keyakinan dan mengenali Ketua Ketua Jabatan, kenalpasti taburan aset dan liabeliti, kod kod objek lanjut KKM, Mengenali kumpulam kerja pembangunan dan kolebrasi Agensi Luat negara.

Peranan & Badan Pertubuhan Dunia, kesesuaian produk menurut Akta, Peraturan Tambahan dalam jaringan WiFi dan Data Bass Pemantauan dan Pelapuran, NGO, Koperasi, Undang Undang Antarabangsa, Kerjasama Pelbagai Hala Malaysia dan Kumpulan Negara Lain, Akauntabaliti, Akta Acara Kewangan, AFTA, TPPA, WTO, WHO, FDA, FAO dll.

Rancangan RRJP, RMK-12, Bajet mengurus dan Pembangunan, memahami terminologi tertentu yang digunakan dalam Ordinance, Akta dan Enekman serta Akta Acara Kewangan, Arahan Perbendaharaan dll.

Pendidikan secara formal melalui Ijazah dll kerap kali tidak termasuk dalam bidang pengajian kita. Jika Lantikan Politik itu merupakan tugasan pertama anda maka latihan sangatlah diwajibkan walaupun anda seorang Menteri Kanan.

Selaku Pegawai Pengawal yang efektif maka andalah lebih awal hadir dalam apa apa siri kursus pengurusan, ianya akan memberikan keyakinan diri dan ketrampilan dalam pergaulan dalam kumpulan kursus yang direncanakan oleh PM, KSN, SUB, JPA, Intan, MAMPU dll Pusat serta institusi bertauliah.

Dengan pengetahuan yang berkaitan itu, ianya sudah pastilah memperkemaskan dan memperbaiki tahap produktiviti Jabatan kita, kpi yang standard kuantiti hasil kerja serta menepati SOP, HACCP, QAP, ISO.

Aplikasi Teknologi Yang Betul bagi bidang output yang setaraf world class, Ada kawalan Biosekuriti. Mengambilkira Non-Bareor Tarif seperti Akta Makanan, Akta Racun, Sanitory & Phytosenitory, Codex Alimentarious; dan hasil kerja pada volume yang Cost Production Is Vibale, Faham akan Petunjuk Ekonomi spt IRR, BCR, NPV dll.

Dengan itu, anda lebih kompiten dan berwibawa menjadi Pemimpin, bukan sekadar sembang, Pemimpin Berwibawa, tidak terkemut-kemut serta mempunyai tahap keyakinan diri yang membanggakan, setanding dengan PTD yang dibawah kawalan anda.

Ianya pemangkin serta rangsangan dengan momentum kerja yang setanding dengan KSU atau SUK dibawah kawalan anda jika anda selaku Pegawai Pengawal yang berketrampilan.

  • Malaysia Malaysia
  • Perlembagaan Persekutuan
  • Perikatan National
  • Banyak Lagi

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“RASUAH ITU NAJIS”

Ketika mereka bersama dibawah bumbung PH. Politik Malaysia kini dinamik.
%d bloggers like this: