Isu Tabung Haji adalah isu yang mendapat tempat paling hangat di Dewan Rakyat. Perdebatan Bolehlah DiIbaratkan ‘Gajah Sama Gajah Berjuang’


Apa Yang Lebih Mustahak Kini Tentunyalah apakah jaminan kepada pelaburan mereka yang mendeposit di Tabung Haji itu selepas ini?

Program Berani Semuka menampilkan debat berkenaan isu yang melanda Tabung Haji diantara Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim ketika pentadbiran dibawah kerajaan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan. Semoga segala yang positif dapat dijadikan iktibar dan pemangkin untuk kearah kebaikan Tabung Haji.

Mereka ini rata-rata orang kampung yang ingin mengetahui tentang langkah-langkah tambahan terbaru yang telah diambil, oleh TH dan apakah jaminan wang mereka itu telah dilaburkan secara bijaksana dan beramanah?

Ramai ketika ini merasakan kekhuatiran akan nasib wang yang didepositkan ke TH; setelah meneliti dan melihat akan pendedahan secara panjang lebar oleh MP di Parlimen tempuh hari.

Tentulah ramai yang tidak faham akan isu sebenar yang terjadi apatah lagi setelah ditontonkan perbahasan antara ‘gajah-gajah’ tersebut; bertekak, sedangkan jalan penyelesaikan nampaknya hingga kini tidak pula dicapai.

Ianya dilihat tiada rumusan yang dihasilkan dan kelemahan atau kekuatan dipihak pengurusan masih sepi tanpa menyatakan jalan penyelesaian; ini sangatlah mencurigakan pendeposit.

Bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim minta semua pihak henti ganggu Lembaga Tabung Haji dan serahkan kepada kerajaan untuk memikirkan solusi yang terbaik bagi menyelesaikan segala kemelut dalam institusi itu.

Pihak yang mana satukah yang bersalah? mahupun dinyalakan kelemahan urus tadbir kewangan? Pihak yang mana satu pula yang benar? dan telah dapat menjejaki ketirisan untuk ditambah baik?

Masing-masing turut menyatakan telah melakukan audit termasuk oleh Ketua Juruaudit Negara.

Jikalau audit telah sempurna dilakukan; samada dari mantan Pengerusi TH semasa tempoh beliau menjadi Pengerusi atau pun oleh mantan menteri JPM tat kala era PH; kenapa tidak diperturunkan setiap satu masalah atau isu yang mereka temui?

Pastilah penemuan itu sekecil mana sekalipun ianya sangat penting dalam melaksanakan amanah mereka terhadap duit orang ramai.

Kelemahan urus tadbir dan pengurusan kewangan serta rancangan pelaburan bolehlah diperbaiki pada masa masa akan datang, atau pada tempoh tahun kewangan berikutnya jika laporan itu dikeluarkan secara jujur serta beretika profesional.


  1. ISU-ISU YANG BERKAITAN:
%d bloggers like this: