Muhyiddin Boleh Jangka Laluan Mudah Untuk PM PRU15 Nanti


UMNO dan Muafakat National tidak sepatutnya berpendirian seolah-olah BERSATU bukan ancaman, ramai juga berpendapat bahawa kemungkinan UMNO yang perlu bersama BERSATU seandainya parti itu dibubarkan. Semuanya ditangan Muhyiddin yang lebih arif.

Walaupun belum dibincangkan secara rasmi dalam parti, UMNO pada peringkat awal ini nampaknya telah bersetuju untuk terus mengekalkan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri selepas PRU15 akan datang.

Ahli MT UMNO merangkap Setiausaha Agung BN, Annuar Musa berkata, secara prinsipnya Muafakat Nasional atau MN yang menggabungkan UMNO dan Pas bersetuju untuk menamakan atau menyokong Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri seterusnya.

“Ini akan dibawa dalam saluran parti masing-masing.

“Di peringkat jawatankuasa bersama MN yang saya Setiausaha Agungnya, memang betul apa disebutkan oleh Presiden Pas, Hadi Awang berkenaan perkara tersebut.

“Pendirian UMNO dan Pas dalam soal ini adalah pendirian yang sama.

“Saya sahkannya,” kata Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan.

%d bloggers like this: