Komen Pemimpin Malaysia Tentang Keputusan Mahkamah Terhadap Najib


Najib bersalah: Satu kemenangan besar buat rakyat Malaysia – PH

Majlis Presiden Pakatan Harapan

KUALA LUMPUR: Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menyifatkan keputusan kes SRC International terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah satu kemenangan besar buat rakyat Malaysia.

Justeru, PH merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam proses pengadilan itu termasuk bekas Peguam Negara.null”Keputusan ini adalah satu kemenangan besar buat rakyat Malaysia. Proses pengadilan ini pasti tidak akan bermula sekiranya rakyat tidak bangkit untuk memberi kemenangan kepada Pakatan Harapan dan mengalahkan Barisan Nasional pada PRU14.

“Malah bila disoroti sejarah isu ini, masalah urus tadbir 1MDB dibangkitkan kali pertama di Parlimen oleh YB DS Anwar Ibrahim pada 2011,” kata kenyataan  bersama Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Anwar Ibrahim, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada Selasa.

%d bloggers like this: