Mahkamah telah hukum bahawa Najib bersalah


Dalam fikiran kita berbaur baur bika memikirkan akhirnya ada juga di Malaysia seorang Perdana Menteri yang menerima hukuman seburuk ini kerana ketamakan. Maka jelaslah bahawa kebebasan Mahkamah itu berlaku biarpun melibatkan orang yang pernah menjadi nombo1 1 di Malaysia.

Tular berita yang menyatakan bahawa gabungan UMNO-PAS (Muaafakat National MN) telah melamar untuk bersatu membina hubungan dan gabungan yang baru bersama kedua-dua parti orang Melayu itu. Untuk menjadikan Perikatan National realiti dalam PRU15 nanti.

Ada ramai juga memberikan pandangan yang berlainan iaitu BERSATU sebenarnya yang wajar mengundang UMNO-PAS untuk memasuki BERSATU.

Kumpulan ini beranggapan bahawa keputusan Najib dihukum bersalah telah memberikan gambaran yang parti UMNO dan PAS dalam resiko sehingga mungkin boleh diharamkan sekiranya ada bukti mengaitkan ada mana-mana duit haram itu masuk ke akaun parti itu.

Ahli parti itu wajarlah mengambil pendirian awal untuk berada dalam BERSATU atau parti yang difikirkan wajar. Maknanya BERSATU tak perlu tergopoh gapah untuk menumpang dirumah orang sedangkan rumah sendiri ketika lebih selesa dan ketua rumahnya kuat berkuasa.

Syafiq Bersatu Resources
%d bloggers like this: