Najib Jatuh Bersalah – 7 pertuduhan hari ini. Apa kesan keahlian dalam UMNO? Nasib UMNO dibayangi kes ini?


BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa berhubung dana SRC International.

Kelihatan di dalam mahkamah adalah dua anak Najib iaitu Norashman dan Nooryana Najwa dan menantunya, Daniyar Kessikbayev.

Selain itu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Ketua Wanita Umno Datuk Dr Noraini Ahmad dan Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar juga kelihatan di dalam dewan mahkamah.

Keputusan ini dilihat menggambarkan nasib buruk kepada pemimpin lain yang sedang dan akan dituduh selepas ini. Ramai juga menganggap bahawa UMNO berada dipenghujung usia.

Suasana agak hambar apabila memikirkan akan nasib umno dan pemimpinnya.

Sementara itu nilai matawang Malaysia dilihat semakin mengukuh hari ini berbanding dolar – A Kadir Jasin; saya tak sempat menyemak.

%d bloggers like this: