Ketua Bahagian Masjid Tanah tanding Timbalan Ketua Srikandi Malaysia


Mas Ermieyati Samsudin

Masjid Tanah 25 Jul 2020 Pagi tadi YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Shamsudin iaitu Ahli Parlimen Masjid Tanah sempat merasmikan program Ayuh Bangkit @ Masjid Tanah 2020 yang diadakan di Bangunan Malakat Mall, Pekan Masjid Tanah.

Melalui Malakat Mall, sasarannya adalah untuk membuka lebih banyak peluang perniagaan dan juga pekerjaan dengan purata pendapatan lebih tinggi sesuai dengan kos hidup semasa dan juga dapat menjana pendapatan pasif melalui dividen.

Tidak mustahil jika satu hari nanti produk tempatan Masjid Tanah khususnya akan berada di rak-rak bukan sahaja di pasaraya Malakat Mall Masjid Tanah tetapi di semua cawangan Malakat Mall seluruh Malaysia dan juga pasaran global.

Tahniah kepada Coach Fadzil, KoPPIM, Efizah Mohtar Rasali, Mastura Alias & Geng Malakat Mall dan semua yang membawa Malakat Mall ke Masjid Tanah serta menjayakan penganjuran program pada hari ini yang juga merupakan program pertama di luar Cyberjaya. Semoga apa yang diusahakan dapat dijayakan pada hadapan. In shaa allah.

Terima kasih kepada MARA dan agensi MEDAC, SME Corp, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Tekun Nasional yang turut hadir untuk memberikan khidmat kepada masyarakat Masjid Tanah khususnya.

Turut hadir Datuk Wira Ismail Othman (Exco Kerajaan Negeri Melaka), dan Datuk Nadzim Johan, (Pengerusi KoPPIM), Ketua-ketua agensi MEDAC, aktivis-aktivis KoPPIM serta warga pengurusan Malakat Mall.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dijadualkan akan bertanding merebut jawatan Timbalan Ketua Srikandi Malaysia nanti.

Sementara itu, MP Alor Gajah pula iaitu Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri di JPM Tugas -Tugas Khas yang juga Ketua Badan Pimpinan Negeri Melaka [Lagi..]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: