Advertisements

Jawatan PM adalah hak mutlak TUN M sendiri : Janji ditepati,

Jul 20, 2019 Pelbagai

Jawatan PM adalah hak mutlak TUN M sendiri : Janji ditepati,

https://melakaonline.org/

T

Tempoh pegang jawatan PM hak Tun M:

ARAU: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sepatutnya diberikan hak memegang dan menyerahkan jawatannya pada bila-bila masa tanpa tekanan luar.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, berkata beliau berpendapat Dr Mahathir memerlukan lebih masa untuk membina semula ekonomi negara.

Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkata, adalah sesuatu yang mustahil Dr Mahathir hanya diberi masa dua tahun sahaja untuk menstabilkan keadaan ekonomi negara selepas apa yang ditinggalkan pentadbiran lalu.

“Dr Mahathir sedang membina semula negara, beliau bukan menyambung pentadbiran kepemimpinan terdahulu.

“Berdirinya empayar Rom bukan dalam satu malam, jadi berapa lama Dr Mahathir memerintah itu adalah haknya dan kita semua menghormati keputusan itu,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Seminar Didik Rakyat 2019 anjuran Yayasan Bank Rakyat di sini, hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam satu wawancara dengan Nikkei Asian Review, baru-baru ini berkata tiada perjanjian peralihan kuasa perlu berlaku dalam tempoh dua tahun.

Menurut Mukhriz, mungkin ada cadangan sebegitu tetapi tidak dinyatakan sama ada di atas kertas mahupun perjanjian secara lisan.

Mengulas lanjut mengenai pandangan Mukhriz, Mohd Redzuan berkata, setiap individu mempunyai hak dan pandangan masing-masing.

“Beliau (Mukhriz) ada pandangan sendiri, saya ada pandangan sendiri. Pada saya tidak ada masalah jika penggantinya mahu mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada bila-bila masa.

“Mengenai bila penggantinya akan menjawat jawatan itu, sejujurnya saya tidak tahu kerana semua itu terletak pada keputusan Dr Mahathir, saya yakin beliau mempunyai perancangan yang terbaik mengenai negara ini,” katanya.

Advertisements
bersatumelaka

Bybersatumelaka

Antara penggerak awal di Parti Pribumi Bersatu Malaysia BERSATU.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: