Advertisements

Suasana politik kini semakin mencabar. Dapatkah kita melepasinya??

Sep 18, 2019 Blog

Suasana politik kini semakin mencabar. Dapatkah kita melepasinya??

Tekanan hidup semakin meruncing, kos sara hidup tentulah juga semakin meningkat sedangkan peluang dari apa sudut pun kelihatan semakin mengecil. Dapatkah Tun M mengatasi segala permasalahan politik dengan pelbagai tekanan samada dari luar parti, mahupun tekanan dalaman.

Jentera kerajaan yang ada pula dilihat oleh pihak dalaman parti sendiri semacam kurang ikhlas 100% menyokong PH dalam membantu secara serius dalam membangunkan ekonomi rakyat dan agar memberi manafaat khusus kepada penyokong partinya sendiri yang berhabis masa tenaga dan wang ringgit sebelum pilihanraya yang lalu lagi. Setelah mendapat kemenangan penyokong tegar dia sendiri merasakan diabaikan. Benar atau tidak sudah tentu anda sendiri boleh menilainya.

Semenjak dari pilihan raya umum ke-14 yang lalu penyokong tegar Parti Pribumi Bersatu Malaysia berusaha dan berjaya menumbangkan Najib sambil Kerajaan Persekutuan dan Negeri Melaka dibentuk di bawah kerjasama parti yang lain iaitu PKR amanah dan juga DAP.

Ahli BERSATU sendiri yang telah berusaha membantu parti bagi memenangi pilihan Raya dan juga seterusnya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dan membentuk sebuah perikatan baru Pakatan Harapan semacam dianaktirikan. Apa yang kita lihat kini ramai yang merasakan hampa sama ada tidak merasa nikmat dari usaha menumbangkan kerajaan umno-barisan nasional yang lalu.

Ada juga yang menyatakan bahawa tindakan merenggangkan hubungan kerjasama antara pihak pentadbir tertinggi kerajaan dalam tadbir urus sesebuah kementerian dan Jabatan dengan hubungan Pegawai Politik, itulah sebenarnya yang telah mengekang jalinan hubungan baik antara pihak pengurusan kerajaan dengan Ketua Setiusaha KSU sesebuah kementerian? Siapa yang mengarahkan supaya hubungan ini di regangkan? Benarkah setiausaha politik tidak dibenarkan berurusan secara terus dengan KSU? Kenapa tidak boleh pula?

Apakah ada orang yang tidak yakin dengan pegawai politik di kementerian sehingga semacam ada arahan yang menghendakkan pihak pegawai politik tidak dapat berurusan secara terus dengan pentadbir tertinggi sesebuah kementerian?

Maka sesungguhnya jika ianya benar maka sudah pastilah pentadbir sesebuah kementerian tidak mengetahui keperluan sebenar politik di peringkat bawahan. Jadi siapakah yang untung? Siapakah mendapat manafaat dari sokongan yang diberikan oleh pihak politik kepada seseorang menteri?

ANDA TAHU JAWAPANNYA KENAPA?

Advertisements
bersatumelaka

Bybersatumelaka

Antara penggerak awal di Parti Pribumi Bersatu Malaysia BERSATU.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: