Advertisements

Down Town dan Up Town Merlimau.

Sep 17, 2019 Blog

Down Town dan Up Town Merlimau.

Ahli Majlis Daerah Jasin dibawah Parti Amanah sahaja paling ramai dilantik memegang jawatan tersebut. Khabarnya dari PPBM atau kini dipanggil BERSATU cuma jumlahnya hanyalah 2 orang sahaja.

“Apa dia orang dah buat untuk membantu rakyat dan khususnya penyokong BERSATU sendiri?” kata Kalah Husin yang mempertikaikan peranan yang dimainkan oleh kebanyakan pemimpin PH sehingga kini. Ujarnya yang agak panas apabila memperkatakan tentang persiapan PRK Sungai Rambai itu jika berlaku semenjak dari awal pemerintahan Kerajaan PH lagi di Melaka.

Menegor pihak pimpinan Pakatan Harapan.

Kg Sebatu – 17 Sep 2019. Penyokong BERSATU di DUN Sungai Rambai naik angin bila disentuh hal berkaitan tindakan bagi strategi pimpinan BERSATU dalam mengembangkan keahlian PPBM khususnya di Bahagian Jasin sendiri; ianya bagi membuay persediaan jentera parti bagi mwnghadapi tempoh Pilihanraya yang mungkin sampai bila bila masa sahaja.

Katanya ianya adalah perkara asas dalam sistem demokrasi di negara kita, jika mungkin kerana faktor kematian Ahli Berhormat dan lain lain sebab yang menyebabkan suatu PRK terpaksa diadakan. Pilihanraya Umum juga perlu diadakan setiap 5 tahun iaitu apa sampai genap tempoh seperti dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan.

MENCARI SUMBER PENDAPATAN DAN MENAMPUNG KOS SARA HIDUP YANG MENINGKAT

Lanjutan dari kisah Uptown Merlimau pula, MDJ dan parti politik yang yang tidak disusun peranannya dengan sempurna; menjadikan proses perkembangan ahli parti juga menjadi tidak mantap bagi menyediakan momentum yang baik untuk menuju tempuh pilihanraya yang akan datang nanti.

Masalah Penajaan di Bahagian Jasin ketika ini dilihat sedang bermasalah sehinggakan Penajaan Cawangan di PDM Sebatu, Seri Mendapat dan Batu Gajah setakat yang mereka maklum seperti terhalang bagi meneruskan penajaan Cawangan tersebut.

Manakala proses melaksanakan mesyuarat Penubuhan Cawangan di DUN Sungai Rambai iaitu seperti di Cawangan Seri Mendapat sendiri yang pernah dimaklumkan yang PDM tersebut telah boleh mengadakan Mesyuaratnya bagi Penubuhan secara rasmi.

Menurut Kalah ianya juga masih mendapat rungutan ahli BERSATU akibat AJK Bahagian Jasin sehingga khabar angin yang tersebar itu masih tidak menetapkan tarikh Mesyuaratnya menurut syarat yang ditetapkan oleh pihak Pendaftar Pertubuhan ROS.

Beliau berkata ketika menjawab pertanyaan Team Media mengenai desas desus yang berkata bahawa mesyuarat Cawangan Seri Mendapat tersebut telah dicadangkan oleh ahli disitu pada 30 September 2019 ini, pada jam 5.00 petang bertempat di Lembah Kesang. Menurutnya Setiausaha Bahagian perlulah mengeluarkan notis mesyuarat atau Setiausaha Penaja yang diluluskan oleh ROS patut mengambil serius melaksanakan tanggungjawab ini. Ketua Bahagian Jasin juga perlu memantau agar Mesyuarat disemua Cawangan di DUN Sungai Rambai dapat dijalankan seperti yang ditetapkan oleh SUA setelah mendapat perkenan ROS.

Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapannya di Malam Seribu Kenangan sebelum ini telah menengor sifat Kepimpinan Bahagian Bahagian yang tidak mengambil berat untuk kerja kerja menambah jumlah ahli BERSATU. “Tun M sendiri pernah kata, seseorang pemimpin itu perlu mempunyai ramai pengikut, tanpa pengikut maka seseorang itu tidak sesuai dipanggil pemimpin” ujar Mahathir yang secara kebetulan namanya juga turut sama.

BERANI KERANA BENAR

“Apakah niat mereka sebenarnya? Yang terjadi seperti dengan sengaja menangguhkan atau melambat lambatkan proses membentuk cawangan di PDM Sebatu dan Batu Gajah, DUN Sungai Rambai Ini?” jerit Kalah Husin dengan tegas dan marah.

Advertisements
bersatumelaka

Bybersatumelaka

Antara penggerak awal di Parti Pribumi Bersatu Malaysia BERSATU.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: