Advertisements

Projek Taman Rimbunan Kasih. Khabarnya jalan penyelesaian menerusi lelongan awam itu  telah dibidas oleh rakyat tempatan?

Sep 12, 2019 Blog

Projek Taman Rimbunan Kasih. Khabarnya jalan penyelesaian menerusi lelongan awam itu  telah dibidas oleh rakyat tempatan?

Serkam, Melaka – 12 September 2019. Projek Rimbunan Kasih yang telah dibina dan dibangunkan di Kampung Serkam, Merlimau, Melaka dibawah Kerajaan BN dahulu; khabarnya diselesaikan melalui lelongan awam terhadap barangan dan aset yang ada di tapak projek tersebut. Itu adalah khabar angin yang belum dapat disahkan lagi oleh kami sehingga kini.

Cara mendapatkan semula impak positif hasil dari perlaburan  itu mendapat reaksi buruk daripada orang ramai malahan ada juga yang menyatakan bahawa kes ini telah sampai ke SPRM betul atau tidak Kita tidak dapat pastikan lagi sehingga kini juga.

Biar apa pun yang telah berlaku sama ada projek dibangunkan oleh kerajaan Barisan Nasional ketika itu bersama dengan kerajaan di Melaka, tetapi sebenarnya akhirnya kerugian tetap juga berlaku kepada dana awam, iaitu wang rakyat yang kita belanjakan di tempat betul tetapi akhirnya terjadi pembaziran dengan nilaian jutaan ringgit akibat tersalah cara mengurus tadbir.

Sampai bilakah masalah pengurusan projek, rancangan dayamaju projek dan kemampanan projek pertanian itu dapat diatasi oleh kerajaan baru kerajaan Pakatan Harapan. Cikgu Jumat berkata, “Ramai berasa kecewa kerana jalan penyelesaian melalui lelongan awam bukanlah kaedah terbaik untuk menyelamatkan wang awam biarpun ianya sedang diaudit ataupun telah selesai diuji dengan pelbagai cadangan yang mungkin telah diutarakan oleh pihak audit. saya sendiri berminat untuk menggunakan tapak projek tersebut yang telah lengkap dengan segala infrastruktur pertanian yang berkenaan” ujar beliau yang kini sedang mengusahakan dalam bidang pertanian yang lain di sekitar kawasan tersebut juga.

Setelah isu dimuatnaik oleh pihak media maka ramailah pihak yang menghubungi kami dan menyatakan minat untuk membantu pihak kerajaan negeri mengurangkan bebanan tanggungan yang terpaksa dilakukan oleh pihak pelabor atau pihak-pihak lain yang berkaitan dengan pelaboran pertanian yang difikirkan meragukan itu.

Sebaiknya sekiranya ada perkatan yang baik antara pihak kerajaan dan juga pihak media sosial, isu ini seharusnya dapat diselesaikan semula dan projek sayuran atau buahan itu berupaya dipulihkan kembali.

Melalui perbincangan dengan pihak media dengan beberapa pihak yang berminat, mempunyai modal dan kepakaran teknologi pertanian, maka sudah tentulah projek ini dapat dibangunkan kembali dengan dengan cara mencari jalan penyelesaian menang manang; mata pelaburan kerajaan dapat dimanfaatkan di samping dapat juga membantu usahawan mengembangkan sayapnya serta mengkomersialkan perusahaan pertanian tersebut

Janganlah meletakkan pihak media sosial ini sebagai musuh kepada kerajaan Pakatan Harapan. Hubungan baik antara media dan pihak kerajaan boleh membantu memperbaiki sistem dan mewujudkan jaringan kerjasama mapan. Bukan semua media sosial itu wujud hanya untuk menyalahkan pihak kerajaan malahan jika diadakan rundingan secara bijaksana media sosial itu memberi manafaat kepada negara.

“Ketika mendengar berita itu, saya sendiri pun tidak mengetahui secara khusus sama ada keputusan lelongan barang-barang dan alatan pertanian yang ada di ladang tersebut telah benar dilakukan atau menjadi keputusan pihak berkenaan??? Saya juga rasa terkejut dan kecewa. Saya juga untuksedang membangunkan projek pertanian menerusi sistem skrin hos seperti di taman yang terletak di Serkam tersebut Saya telah menggunakan barang-barang terpakai seperti besi buruk kayu dan buluh bagi membangunkan green house secara kaedah perbelanjaan yang paling minimum tidak seperti di taman tersebut tapi terlihat sangat canggih cantik dan lengkap dengan pelbagai kemudahan yang mewajarkan sesuatu projek penanaman sayuran atau buah-buahan boleh menjadi berdaya maju tapi malangnya kenapa ianya tidak cuba di cari usahawan Melayu yang mempunyai kemampuan mengurus projek seperti yang dirancangkan di Taman pertanian itu.

Advertisements
bersatumelaka

Bybersatumelaka

Antara penggerak awal di Parti Pribumi Bersatu Malaysia BERSATU.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: