Advertisements

Mengapakah Parti BERSATU ini ditubuhkan?

Sudah tentu mereka yang mula-mula bersama saya di Melaka tahu dan faham erti perit dan jerih membawa masuk Parti ini ke Negeri Melaka.

Mencari pengerak-pengerak awal yang benar-benar berani tampil kehadapan memang tidak ramai. Ketika itu, masing-masing takut dan gentar.

Namun, hari ini setelah Parti BERSATU tumbuh mekar. Segelintir yang hadir selepas Pakatan Harapan menang PRU 14 lalu ibarat enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.

Malah ada yang menjadi dedalu, menumpang di dahan pokok tinggi dengan tanpa segan silu mengambil manfaat dan khasiat dari pokok terbabit. Akhirnya, dedalu itu meninggi tanpa melihat lagi ke bawah.

Pak Wan bukanlah lahir dari golongan orang politik. Dengan berkat tunjuk ajar YB Tan Sri Muhyiddin Yasin selaku rakan akrab, tatkala UMNO menyisihkan beliau. Kamilah yang datang membantu memberikan sokongan dan dokongan daripada terus rebah.

Hari ini, Pak Wan semakin faham erti politik. Sepak terajang politik adakalanya tidak terjangkau dek akal. Tangan yang memberi inilah yang digigit dan digonggongnya semula. Namun atas niat suci dan murni mahu membantu YAB Tun Dr Mahathir membetulkan semula negara. Saya hadir dengan lapang dada untuk membantu.

Pemilihan BERSATU Bahagian Masjid Tanah akan diadakan pada 23 Feb 2020 (Ahad). Justeru, Pak Wan mohon kepada seluruh ahli Parti BERSATU Bahagian Masjid Tanah untuk terus kekal bersama Pak Wan. Kelemahan yang ada perlu perbaiki dan bukan dirosakkan lagi.

Dengan lafaz Bismillah, Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Pak Wan dengan rendah diri mahu mengambil tanggungjawab menawarkan diri sebagai Calon Ketua Bahagian BERSATU Masjid Tanah.

#Mediap134mt

https://melakaonline.org

Advertisements

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: