Advertisements

Ziarah Kasih ke rumah penduduk yang sakit uzur di Kampung Parit Putat

Sep 10, 2019 Perkasaan Parti

Ziarah Kasih ke rumah penduduk yang sakit uzur di Kampung Parit Putat

Pak Taib kini terlantar di katil dan urusan seharian beliau dibantu oleh isterinya Puan Zainah yang juga agak uzur kini
Bagi yang prihatin sama samalah kita hulurkanlah bantuan, usah mepolitikkan isu, yang sebaiknya datanglah menziarahi sesama muslim

Ziarah Kasih dan lawatan bagi mengemaskinikan maklumat Biro Kebajikan untuk tujuan khusus bagi membantu mengenalpasti keperluan bantuan kesihatan bagi kemudahan penyelarasan maklumat dan data base Penduduk di Cawangan Parit Putat, DUN Sungai Rambai.

Kunjungan oleh AJK Cawangan Parit Putat bersama Tok Sidang Kampung Sungai Rambai Barat Tuan Hj Bakar  dan memyampaikan serba sedikit sumbangan peribadi dari,

YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Ketua Pimpinan BERSATU Melaka.

“Lebih ramai yang datang menziarahi pesakit, maka dapatlah juga sedikit sebanyak meringankan bebanan keluarga mereka. Insyaallah esok kita akan teruskan untuk bergerak di kampung lain pula” ujar Pak Baba yang bersama kami, beliau hanya mahu dikenali dengan nama tersebut sahaja tetapi sudah acap kali berbincang mengenai isu kebajikan warga Parit Putat.

Adam sedang mengemaskinikan maklumat data base penduduk yang uzur

Salam hormat juga dari Ketua Cawangan dan Timbalan Ketua Cawangan yang tidak berkesempatan hadir kali ini diatas urusan lain ditempat yang berasingan kepada warga kerja melakaonline.org dan penduduk Sungai Rambai.

Advertisements
bersatumelaka

Bybersatumelaka

Antara penggerak awal di Parti Pribumi Bersatu Malaysia BERSATU.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: