Advertisements

Ingin memiliki lesen memandu E dan GDL E Kejur secara percuma? Tajaan sepenuhnya Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Ogo 9, 2019 Blog, Negara Usahawan

Ingin memiliki lesen memandu E dan GDL E Kejur secara percuma? Tajaan sepenuhnya Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

*PERCUMA!!!!!*
*KURSUS LESEN E + GDL E KEJUR*

Kursus Pemanduan Kenderaan Komersial ini adalah hasil kerjasama antara Metro Transport College dan Metro Driving Academy. Kursus ini di bawah *tajaan sepenuhnya oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar*. Ia bertujuan untuk melatih pemandu yang memiliki lesen kelas D (CDL) untuk menceburi bidang pemanduan komersial disamping membantu menjana pendapatan dan taraf ekonomi individu serta negara.

Para calon akan diberikan Lesen Lori Kelas E dan GDL E Kejur dengan *“PERCUMA”*. *Kursus ini akan dilaksanakan sepenuh masa selama 3 bulan*. Sekiranya bekerja, tidak dinasihatkan menyertai kursus ini.

*SYARAT LAYAK MEMOHON*

*Warganegara Malaysia*
*Lelaki atau Perempuan berumur 21 – 45 tahun*
*Memiliki lesen memandu kelas D lebih dari 3 tahun*
*Mereka yang belum memiliki Lesen E (Lori)*
*Boleh Membaca & Menulis*
*Sihat Tubuh Badan*
*Tiada Saman Trafik Tertunggak*

*ADAKAH CALON YANG MEMPUNYAI LESEN E ATAU GDL E LAYAK MEMOHON?*

*Tidak layak memohon kerana kursus ini adalah bagi calon yang tidak mempunyai Lesen E/GDL (Kejur). Diwajibkan juga memiliki lesen CDL D (Competent Driving License) lebih dari 3 tahun bermaksud Lesen Memandu anda adalah lesen penuh, setelah tamat tempoh 2 tahun Lesen P PDL (Probationary Driving License) layak memohon.*

*SAYA BERMINAT! APA PERLU SAYA BUAT?*
Anda semua boleh pilih tarikh untuk hadiri *temuduga* pada hari *SABTU* :-

*10 / 8 / 2019*
*17 / 8 / 2019*
*24 / 8 / 2019*

pada jam
*10.00 am – 4.00 pm*

bertempat di
*METRO DRIVING ACADEMY (KAMPUS PUCHONG)*
*Lot 3579, Jalan Akademi, Pulau Meranti, 47120 Puchong, Selangor Darul Ehsan*

*DOKUMEN YANG DIPERLUKAN*
*1. Salinan Kad Pengenalan*
*2. Salinan Lesen Memandu kelas D (CDL) yang Sah*
*3. 4 Keping Gambar Passport (Berlatar belakang putih)*

*KELEBIHAN KURSUS INI*

*- Jaminan Pekerjaan Selepas Sahaja Tamat Latihan*
*- Memiliki Lesen Memandu Kelas E dan GDL (Ditaja Sepenuhnya / Percuma)*
*- Penginapan (asrama) / Makan & Minum disediakan sepanjang kursus*
*- Pengangkutan disediakan dari asrama ke tempat latihan*
*- Elaun sara diri RM200/sebulan*

https://metrodriving.com.my/en/kursus-lesen-e-dan-gdl-e-kejur/

https://metrodriving.com.my/en/kursus-lesen-e-dan-gdl-e-kejur/

Advertisements
bersatumelaka

Bybersatumelaka

Antara penggerak awal di Parti Pribumi Bersatu Malaysia BERSATU.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: