Advertisements

Ketua Menteri Melaka belum pernah sampai Kg Warisan Sungai Rambai.

Sep 6, 2019 Blog

Ketua Menteri Melaka belum pernah sampai Kg Warisan Sungai Rambai.

Hasan Manap sudah hampir setahun menunggu bantuan kerusi roda tidak kunjung tiba

6 Sep – Parit Sidang Seman. Perjumpaan beberapa wakil dari parti BERSATU Cawangan Parit Putat ke Kg Warisan disambut dengan cemuhan kerana beberapa bantuan yang dijanjikan kepada orang kampung ini khususnya kepada saudara Orang Kurang Upaya yang memerlukan bantuan kerusi roda hanya tinggal harapan.

Mereka kecewa kerana penyiasatan kes bantuan telah dilakukan beberapa kali dari Pejabat Penyelaras DUN Sg Rambai, tetapi sehingga kini hanyalah tinggal janji sahaja.

“Saya masih menunggu bantuan tersebut, tetapi tak tahulah kemana perginya permohonan saya, yang terakhir ialah dalam bulan Oktober 2018 yang lalu” menurut Hasan yang melihat bagaimana kerajaan Pakatan Harapan melayan OKU berbanding kerajaan BN yang lalu.

Menurut Ali yang merupakan anak jadi Kg Warisan tersebut, Puan Azalina dikhabarkan ada dimaklumkan datang pusing kampung semasa hari Kemerdekaan tetapi malangnya tidak dapat berjumpa dengan kami.

Sembang santai bersama penduduk kampung Parit Sidang Seman

Penduduk kampung juga agak kecewa kerana Kampung Warisan yang telah tercemar oleh pembangunan perumahan baru itu tidak juga mendapat perhatian oleh Ketua Menteri Melaka.

Advertisements
bersatumelaka

Bybersatumelaka

Antara penggerak awal di Parti Pribumi Bersatu Malaysia BERSATU.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: