Advertisements

Bahagian Masjid Tanah mendahului jumlah pembukaan Cawangan PPBM berbanding Bahagian BERSATU lain di Melaka

Bahagian Masjid Tanah mendahului jumlah pembukaan Cawangan PPBM berbanding Bahagian BERSATU lain di Melaka

Sehingga kini lebih 11 Cawangan parti BERSATU telah sah dibuka di Bahagian Masjid Tanah. Sementara itu 4 lagi Cawangan iaitu di Bahagian Tangga Batu juga telah mengadakan Mesyuarat Cawangan mereka pada minggu lalu. Bahagian Jasin; 1 Cawangan iaitu Cawangan Parit Putat, yang telah bersidang beberapa bulan yang lalu,

Gambar ketika mesyuarat 6 cawangan di Japerun Lendu hari semalam

– dikatakan berkemungkinan telah terbatal akibat masalah dokumen yang tidak lengkap yang diserahkan ke Bahagian Jasin.

Gambar kenang kenangan semalam bersama Pak Wan

Kami dimaklumkan adalah menjadi prasyarat agar semua Bahagian BERSATU digalakkan menambah jumlah ahli serta Cawangannya. Hanya Bahagian yang mempunyai 10 atau lebih Cawangan yang sah menurut ROS Pendaftar Pertubuhan sahaja yang akan layak dikategorikan sebagai Pemilih dalam Perhimpunan parti itu nanti. Jika sebaliknya mereka hanya akan menjadi pemerhati sahaja.

Persiapan Terakhir oleh Urusetia Pemilihan di Dewan Japerun Lendu, Majid Tanah

Sehingga kini kami belum menerima sebarang perkembangan lanjut tentang penubuhan Cawangan dari Bahagian BERSATU yang lain seperti Bahagian Alor Gajah, Hang Tuah Jaya, Kota Melaka. Kami akan kemaskini maklumat sekiranya mendapat perkhabaran sahih dari Bahagian berkenaan. Kami jangka ada Cawangan di Bahagian yang telah bermesyuarat beberapa bulan yang lalu.

YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof ketika merasmikan mesyuarat tersebut pada 04 Ogos 2019 yang lalu

Momentum bagi Mesyuarat Cawangan agak sejuk sebelum ini walaupun kebanyakan Bahagian telah menerima kelulusan dari pihak ROS, sebahagian besarnya kelulusan tersebut dahulu telah tamat tempuh hayatnya kerana tidak mengadakan mesyuarat. Masalah ini timbul akibat proses pemilihan peringkat Bahagian dan Pusat telah ditangguhkan beberapa kali, menurut beberapa orang ahli BERSATU yang kami hubungi.

Arahan Perhimpunan yang bertukar tukar inilah mengakibatkan proses penubuhan Cawangan dilengahkan, yang sepatutnya masa yang lama itu sebaiknya digunakan untuk mengumpul lebih ramai ahli dan juga memberikan masa kepada Ketua Ketua Bahagian (Lantikan) agar dapat menubuhkan lebih banyak cawangan.

Kami juga difahamkan bahawa Tun M sering memberikan teguran kepada ahlinya terutama penggerak awal agar tidak menyekat kemasukan ahli baru tidak kira dari UMNO atau lain lain parti. Ini terjadi akibat ahli yang lama dalam BERSATU cuba menghalang ahli baru dari menguasai Cawangan dan Bahagian serta menolak kepimpinan ahli lama yang sedia ada.

Ini khususnya bagi mereka yang telah berjuang sebelum PRU14 lagi yang terlibat dalam menumbangkan kerajaan UMNO BN ketika itu. Menurut Tun M seseorang pemimpin BERSATU perlulah mempunyai ramai pengikut dibelakangnya. Tanpa pengikut maka seseorang itu tidak sesuai dipanggil pemimpin.

Bersambung..

Advertisements
bersatumelaka

Bybersatumelaka

Antara penggerak awal di Parti Pribumi Bersatu Malaysia BERSATU.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: