Advertisements

Zakir Naik hanya datang untuk berkumpul bukan untuk berceramah.

Sep 3, 2019 Blog

Zakir Naik hanya datang untuk berkumpul bukan untuk berceramah.

Usahlah ada sifat riak dalam berdakwah yang mungkin boleh disalah takrif untuk menunjuk nunjuk, lebih baik bawa penceramah yang mempunyai kelulusan berdakwah iaitu menyampaikan kebaikan bukan hanya untuk mencari populariti dan bergambar. Orang ramai memberikan nasihat agar pemimpin meletakkan niat yang brtul ketika berdakwah.

PENGANJURAN MALAM ISLAM BERSATU BERSAMA DR ZAKIR NAIK DI MELAKA SABTU INI DITERUSKAN & MUKTAMAD

1.) Semua sedia maklum, Dr. Zakir Naik telah dilarang oleh Polis untuk memberi ceramah buat sementara waktu.

2.) Keputusan Kerajaan Negeri Melaka tidak membenarkan Dr. Zakir Naik berceramah di Melaka adalah selari dengan keputusan Polis.

3.) Polis dan Kerajaan Melaka hanya melarang Dr. Zakir Naik berceramah dan bukannya melarang beliau hadir program ibadah seperti solat fardhu berjemaah & ibadah sunat yang lain.

4.) Ucapan terima kasih kepada Ketua Polis Melaka yang telahpun membuat kenyataan tentang pendirian Polis yang membenarkan penganjuran Program Bersama Dr. Zakir Naik di Melaka.

5.) Saya juga telah memaklum kepada Ketua Menteri Melaka tentang hasrat saya menjemput Dr Zakir Naik Ke Melaka.

6.) Ketua Menteri Melaka memaklumkan kepada saya yang beliau tiada halangan terhadap kedatangan Zakir Naik Ke Melaka asalkan tidak melibatkan ceramah seperti saranan pihak Polis.

7.) Menjadi hak Umat Islam di negara ini untuk bersolat dan beribadah di masjid bersama mana-mana pemimpin atau pendakwah Islam tanpa perlu campurtangan, merujuk terlebih dahulu atau meminta kebenaran daripada pihak Bukan Islam dan begitulah sebaliknya di pihak bukan Islam.

9.) Orang bukan Islam juga berhak mengadakan sebarang aktiviti agama masing-masing di gereja, kuil dan tokong bersama pemimpin agama mereka tanpa campurtangan Umat Islam.

10.) Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan jelas memperuntukkan Islam sebagai Agama Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

11.) Firman Allah swt dalam Surah Al Kafirun Ayat 6 bermaksud “Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku”.

12.) Sebagai wakil rakyat dan pemimpin masyarakat berbilang kaum dan agama, selain hadir dan membantu program-program di masjid dan surau, saya juga biasa dijemput ke rumah ibadat orang Bukan Islam dan saya juga sering menghulurkan bantuan kerajaan di rumah-rumah ibadat orang Bukan Islam.

12.) Penganjuran program ini sepatutnya tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak kerana program ini adalah program Ibadah/keagamaan dan bukan program politik.

13.) Program ini juga bukan dianjurkan oleh kerajaan mahupun parti politik sebaliknya dianjur oleh Masjid Cina Melaka.

14.) Walaupun mendapat tekanan hebat daripada mana-mana pihak, saya tetap bertekad untuk meneruskan program ini & keputusan meneruskan program ini adalah muktamad.

15.) Dr. Zakir Naik sudahpun mengesahkan kehadiran beliau Ke Masjid Cina Sabtu ini.

16.) Saya menyeru Umat Islam seluruh negara dan Negeri Melaka untuk hadir beramai-ramai ke program ini demi merealisasikan Umat Islam yang lebih bersatu.

17.) Kepada rakan dan sahabat bukan Islam, percayalah bahawa perpaduan atau kesatuan utuh Umat Islam tidak akan menjejaskan perpaduan rakyat Malaysia dan Melaka berbilang kaum dan agama.

18.) Sama-samalah kita menjaga dan menghormati hak dan sensitiviti rakyat berbilang kaum dan agama di negara dan negeri kita demi Melaka & Malaysia yang lebih aman, makmur dan sentosa.

MOHD RAFIQ NAIZAMOHIDEEN
Pengerusi Masjid Cina Melaka
2 SEPTEMBER 2019

Jika sekadar dijemput datang ke Melaka bukan untuk berceramah seperti keputusan Kerajaan Melaka, maka kehadiran beliau dilihat hanya untuk menunjuk nunjuk sahaja. Ramai menyatakan ianya boleh ditakrif seumpama sifat riak dan menunjuk nunjuk dalam menjemput pemimpin tersebut.

Dalam berdakwah elok beliau datang untuk tujuan menyampaikan dakwah dan menyeru kebaikan, bukanlah menunjuk nunjuk dan sekadar bergambar sedangkan matlamat sebenar berdakwah ialah untuk menyeru kejalan Allah. Eloklah dibawa pendakwah yang boleh menyempurnakan objektif berdakwah, yang lain lain pun apa salahnya selagi syaratnya dipenuhi.

Akhir zaman ini mereka suka menayang gambar dari berdakwah.

Advertisements
bersatumelaka

Bybersatumelaka

Antara penggerak awal di Parti Pribumi Bersatu Malaysia BERSATU.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: