Advertisements

APA SUDAH JADI DENGAN KETUA SETIAUSAHA NEGARA KSN

Jul 3, 2019 Pelbagai

APA SUDAH JADI DENGAN KETUA SETIAUSAHA NEGARA KSN

65771122_1125926030941978_4474963890702123008_n

APA SUDAH JADI DENGAN KETUA SETIAUSAHA NEGARA (KSN)???

Pejabat ketua setiausaha negara malaysia harus memberi penjelasan terhadap perlantikan Iskandar Mohd Kaus sebagai Pengarah INTAN yang baru kerana kami merasakan perlantikan beliau seolah mencabar aspirasi perjuangan kami menentang regim Najib selama ini.

Iskandar adalah bekas KETUA SETIAUSAHA SULIT Najib Razak dan sudah pastinya beliau terlibat dengan pelbagai pergerakan Najib hinggakan kod peti besi simpanan tunai yang disita pihak berkuasa juga terletak dibilik digunanya di Pejabat Perdana Menteri dahulu.

Kami boleh menerima keterbukaan. Tetapi tidak hingga melukakan begini. Seolah satu pengkhianatan ke atas amanah rakyat jika masih menggunakan khidmat insan seperti ini sebagai ketua agensi kerajaan.

Sejak KSN baru dilantik dilihat seolah beliau bebas dan kebal berbuat apa2 tindakan di bawah kuasanya dan melebihi kabinet Perdana Menteri. Perkara seperti ini harus diberi perhatian.

Beberapa tindakan KSN melampaui batas dan norma seorang penjawat awam. Sebagai contoh sebelum ini beliau dengan tanpa berbincang dan tanpa pengetahuan Menteri menukar Ketua Setiausaha Kementerian sesuka hati. Dan lebih hebat tiada sekeping kertas pun dihantar ke pejabat menteri hingga berlakunya kekecohan.

Tanpa memikirkan pelan perangcangan yang dibuat bersama oleh Menteri dan KSU berbulan2 untuk kementerian harus dimulakan semula dengan KSU baru. Dan pastinya masa yang diperlukan lebih lama untuk melaksanakan perancangan dasar2 kementerian terhadap rakyat.

Ada juga menteri yang mahu menukar KSU kerana masalah kurang efektif dan merencatkan perjalanan kementerian. Setelah YB Menteri berbincang dengan YAB PM dan mendapat persetujuan dan dimajukan kepada pihak KSN, seolah endah tidak endah tiada sebarang tindakan juga diambil hingga sekarang. Itulah KSN sekarang.

Ada juga masalah KSU melampaui batasnya. Hinggakan pegawai tertinggi menteri pun seolah di bawah tapak kakinya. Hinggakan Setiausaha Politik Menteri tidak dibenarkan langsung terlibat dengan urusan kementerian waima tandatangan sekalipun. Pergerakan Setpol dihadkan. Padahal dari zaman dahulu SETPOL adalah orang penting menteri dalam kendalikan urusan antara menteri dan kementerian serta urusan luar. Dan Setpol mengetuai pegawai2 menteri yang lain.

KSN beri taklimat kpd semua SUSK n PTTK bahawa Setpol dan Menteri hanya untuk tugas politik.Yang tertinggi kuasa di di dalam kementerian ialah KSU dan SUSK.
Wah hebatkan. Baik kasi ja KSU jadi menteri.

Sebenarny di dalam Kementerisn no. 1 adalah Menteri no. 2 Timbalan Menteri
no. 3 Setpol 4. SUSK kemudian baru KSU.
Nampak mainan mereka?

Seperation of power hinggakan tender juga tidak diberi info kepada YB Menteri. Sedangkan pegawai2 Khas KSU sentiasa feed info kepada kontraktor. Itu yang sampai sekarang tiada kontraktor penyokong kerajaan mendapat tender waima masuk semua tender secara jujur.
Pasti kalah kerana mereka yg feed info, spec n price. Dan mereka juga dalam board tender yang pilih kontraktor. Menteri tidak masuk campur. Penyokong kerajaan siang malam maki menteri. Inilah kisah sebenarnya. Sudah lama terjadi. Bagaimana saranan menteri mahukan tender bersih berjaya. Kontraktor Umno semakin kaya adalah.

Begitu juga dengan masalah perjawatanan. Seoalah tindakan sabotaj dilakukan dengan menidakkan permintaan pejabat2 menteri menambah staf bagi melicinkan perjalanan pentadbiran dan urusan waima permintaan dari kementerian yang besar. Penambahan adalah atas keperluan sebenar untuk licinkan perjalanan pentadbiran. KSU boleh melantik 4 pegawai khas dan 2 PA. Tetapi jika pejabat setpol dan menteri minta PA tidak boleh.

Itulah KSN sekarang. Kebal dan sangat tidak membantu. Seolah di belakangnya ada seseorang yang sangat kuat menjadi sandaran terhadap sikap endah tidak endah beliau kepada orang lain waima menteri sekali pun.

Gesaan menukar KSN dan pasukannya harus dibuat segera. Jika berlarutan natijahnya pasti merencatkan segala perjalanan pentadbiran. Pelbagai usaha kementerian dibawah seliaan menteri tidak akan berjaya jika begini sikap KSN. Tindakannya seolah mahu melingkupkan dan seolah sabotaj kerajaan sediaada.

Saban hari menteri dihentam dicaci tanpa siapa pun fikir masalah dalaman begini. Separation of power hanya frasa kata menghalalkan cara mengcengkam kuasa di mana menteri bukan siapa2 tetapi mereka lebih berkuasa.

Menteri2 juga sila buka mata. Tidak perform atau mengganggu perjalanan pentadbiran tukar sahaja mereka. Cukup2 sudah memberi peluang kepada mereka seperti ini. Kamu ketua maka kamulah nakhodanya. Usah biar dibuli terutama menteri2 baru.

Amukan kamu berguna demi rakyat. Kami menyokong. Dari membiarkan mereka ini membuli sesiapa sahaja kerana separation of power alasannya. Sila kaji amalan mereka semasa di zaman umno dan sekarang. Lain segalanya. Jika dahulu A boleh. Sekarang tidak boleh. Perlu ikut SOP. Manusia kalau betul jalannya dari dahulu lagi ikut SOP. Mengapa tidak dahulu? Lucu tetapi itulah realitinya. Reform sekadar mahukan kunci kuasa. Mereka mahu tunjukkann mereka lebih berkuasa dari menteri.

Itu belum kita bicara bagaimana separation of power memenuhkan temolok mereka sentiasa. Kita simpan ke episod seterusnya.

Gesaan KSN berundur harus dijalankan. Sudah hampir setahun tetapi masih tiada kemajuan dan tindakan serta wahyunya merosakkan perjalanan kementerian.

Usah ego bicara kamu penjawat awam jika dasar kerajaan tidak kamu bantu ikut. Usah ego bicara kamu itu ini jika kamu gagal melicinkan perjalanan. Serve government of the day sekadar retorik. Seeloknya tukar kepada Serve KSN for better power.

Kita rakyat. Jangan takut membongkar. Kalau dah karut begini buat apa nak diam lagi.

Credit to Mohd Ein

Advertisements
bersatumelaka

Bybersatumelaka

Antara penggerak awal di Parti Pribumi Bersatu Malaysia BERSATU.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: