Advertisements

Fahaman Baru PAS semenjak kahwin Dengan UMNO

Jul 2, 2019 Pelbagai

Fahaman Baru PAS semenjak kahwin Dengan UMNO

Semakin hari semakin membawa ilmu yang menyesatkan. Ada pula hadis yang menyatakan perkara bab pengistiharan harta seperti dicadangkan kepada semua Ahli Parlimen itu kah?

Jika tidak setuju kerana ‘takut apa boss ku’ tak payahlah nak dikaitkan dengan keugamaan pula agar cadangan itu diketepikan biarpun ianya penting dalam perlaksanaan ketelusan pemimpin dalam amalan rasuah dan salah guna kuasa. Ianya bagi mengekang mereka yang berkuasa dari mengamalkan pemilika harta secara kotor.

Atau apakah Timbalan Presiden PAS yang pernah dikaitkan dengan berita menerima dana dari pemimpin UMNO itu dan pemilikan kereta mewah ini takut menghadapi siasatan oleh #SPRM?

Usahlah berbelit belit menangani isu pengistiharan harta seolah-olah macamlah pengistiharan harta itu baru saja ingin dilaksanakan di Malaysia. Pemimpin Pas sedar atau tidak bahawa prosedur ini sudah lebih 10 tahun dilaksanakan dalam pentadbiran awam Malaysia?.
Semua kakitangan kerajaan telah lama diwajibkan mengistiharkan harta masing-masing. Setiap tahun juga kakitangan awam perlu membuat semakan semula mengenai pemilikan harta baru dan perubahan harta mereka. Apakah Parti Pas hanya baru sahaja ujud sekarang ini? Janganlah buat buat lupa pula.
Advertisements
bersatumelaka

Bybersatumelaka

Antara penggerak awal di Parti Pribumi Bersatu Malaysia BERSATU.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: