Advertisements

Putrajaya 01 Feb Pemilihan parti BERSATU buat julung kalinya akan diadakan beberapa minggu sahaja lagi. Esok adalah tarikh pengumuman semua nama-nama calon yang akan bertanding kali ini di semua 6 Bahagian di Melaka, manakala bantahan boleh dilakukan sehingga pada 14 Februari ini.

Sementara itu Datuk Seri Rina Harun iaitu Ketua Srikandi BERSATU Malaysia yang juga merupakan Menteri Pembangunan Luar Bandar juga turut berhadapan satu lawan satu dengan Hafiza Jusoh bagi jawatan Srikandi Sepang.

Pertandingan 3 penjuru Srikandi Bahagian Jasin, Melaka

Siapakah yang anda akan pilih sebagai Ketua Srikandi  kali ini dan mengapa? Tentulah telah ada jawapan tentang siapakah calon yang berada difikirkan anda.

Bagi calon Ketua Srikandi Jasin pula pertandingan dijangkakan sengit secara 3 penjuru memperlihatkan Mazlihah Abdul Rahman, AJK Cawangan Parit Putat akan menentang Azalina Abd Rahman iaitu Setiausaha Sulit Kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar Rina Harun.

Azalina selaku penyandang Ketua Srikandi Jasin itu kini juga merupakan Ketua Srikandi Melaka, kini cuba mempertahankan jawatan itu dalam pemilihan sayap BERSATU Bahagian Jasin itu turut dicabar oleh Ketua Cawangan Umbai iaitu Wahdaniah. Ini menjadikan pertandingan pertama BERSATU itu tambah menarik dan menjadi perhatian ramai.

Mazliah yang sedang menyempurnakan peringkat akhir pendidikan beliau di bidang Doktor Falsafah PHD itu ketika dihubungi pihak media menyatakan hasratnya untuk bertanding sebagai calon Ketua Srikandi Bahagian diatas desakan dan sokongan rakan-rakan ahli BERSATU bagi memberikan pilihan kepada akar umbi dalam susunan jentera BERSATU yang lebih mantap bagi menghadapi PRU15 yang dijangka kan lebih mencabar berbanding semasa PRU14 yang lalu.

Mazlihah bersama YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan yang juga Ketua Badan Pimpinan BERSATU Melaka dalam program Santai Bersama Pak Wan pada 25 Januari yang lalu di Cawangan BERSATU Serkam Darat, Melaka.
Advertisements

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: