Advertisements

Kepada semua rakyat Malaysia, selamat menyambuat ulangtahun kemerdekaan negara kita Malaysia pada 31 Ogos ini.

Kepada semua rakyat Malaysia, selamat menyambuat ulangtahun kemerdekaan negara kita Malaysia pada 31 Ogos ini.

Semasa negara diperintah oleh Jepun dahulu rakyat katanya sangat susah tidak seperti semasa kita dijajah oleh Barat. Ketika itu emak ayah kita hanya dapat makan ubi kayu dengan dicecah sambal belacan sahaja, minum pun sekadar kopi O manalah ada nescafe. Jika kita masih sedar diri lagi tak mengapalah, maknanya sudah tentu minda kita tidak mungkin dijajah lagi manakala dengan kekuatan ekonomi Malaysia kini berbanding sezaman Tengku Abdul Rahman, sepatutnya kini lebih berperinsip atau bukan mudah dijolok atau dibeli dengan wang ringgit.

Keutamaan kita adalah untuk memastikan kita duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan orang Barat, yang membodohkan emak bapak kita dahulu. Ramai pula yang kena makan penampau Jepun ketika itu, kenapa mereka takut sangat dengan bangsa Jepun yang kurang tinggi itu?, malangnya sekarang ini pantang silap sikit sahaja sesama Melayu Islam pula tu, mungkin contohnya ahli parti yang tidak dijemput, bukan sengaja cuma terlepas pandang dalam menghadiri mesyuarat dan penilihan Cawangan itu pun, boleh jadi sehingga boleh putus saudara atau anak beranak pun sampai bertahun lamanya tidak lagi bertegur sapa.

Setiap hari kita boleh dapat membaca dari FB, asyek nak berkelahi sahaja, bukanlah kes serius sangat, mugkin sekadar kerana ayam yang dipelihara secara tidak beradap telah terberak dianjung rumah jiran, sehingga hari raya pun mereka belum tentu mohon maaf bagi pihak Ketua Pimpinan meek.sesama Melayu pun lagi kuat berperangnya.

Panjang atau rendang Si Samurai itu, mereka tidak kira, semangat mereka kental, berani mati, sehingga tercatat juga namanya di negara kita kerana kejayaan mereka itu dapat menawan Tanah Malaya walaupun tempuh mereka menjajah kita tak berapa tahun, tidak lama. Diceritakan oleh orang Melayu dimana mereka itu lebih pendik dari ketinggian askar Melayu.

Tetapi tetap kuat semangat dan berani walaupun untuk berperang, kenalah kita sadar diri sikit.

Dalam berbual bual bersama penggerak awal dan pimpinan yang baru menyertai kita tu, sempat juga dalam bergurau dia orang kata betul kah , buah dah nak jatuh????? Manalah aku faham kalu cakap berkias ini. Ada juga yang tanya bila agaknya Pak Wan nak datang Sungai Rambai???, dia orang dah rindulah agaknya tuh.

Dalam pada senyap sunyi bila dak Mat menyebut, semenjak janji tak jadi datang dalam Raya Puasa, Raya Haji pun dia banyak di Masjid Tanah, bunyi macam melenguhhh…., agaknya musim buah nak jatuh ni, adalah banyak sikit manalah tahu tak kan musim durian yang gugur pun dah penghujung musim, pasal dulu Dak Mat kata anak anak tak dapat makan buah juga pasal anak ramai yang bersekolah, bapak susah, terpaksa dipajak kebun durian tu dengan Hj Dolah atau Dak Kuan; Tawkey Cina yang sanggup hidup hanya sekeluarga atau dua sahaja pun tetapi tetap jadi tokeh membeli getah keeping dan lantun dari kita. Pada hal hanya menumpang di atas tanah orang Melayu yang mereka pajak untuk tempuh yang lama kalau tak silap lebih 20 tahun agaknya.

Kita ketika itu tinggal sekampung dengan aman damai bersama masyarakat Melayu di Kampung Warisan Kg Parit Sidang Seman, DUN Sungai Rambai itu. Tetapi kini masa telah berlalu begitu pantas tanpa dirasakan. Tokey Kuan dan Ah Bah dah cukup kaya dengan rumah macam Istana dan ada keupayaan membeli dan membina banglo di kampung sebelah.

LAIN DAHULU LAIN SEKARANG

Kalau dahulu ada juga YB Asan, jika sesak sesak pun boleh kuit colet dia dapat gak 50 pun kira ok kata Kamal yang tak genti genti nyanyi buah nak jatuh dah, tiba tiba Ustaz Talib mencelah, Atuk Asan kan ke tengah susah tiap bulan nak jumpa Toyah, jangan kau mengharaplah Kelah, celah Ustaz Talib seraya menunjukkan surat terbang dalam phone yang dia beli di zaman Perang Gokam dulu tuh. Si Kelah bawak surat pajak Ustaz sampai sekarang ni dah jam 5.30 pm pun terus dah ghaib pulak !, aduh itu aja nampaknya bolehlah buat penahan napas yg rasanya cepat boleh pakai.

Sabau sabau kata Ustaz Usop, Menteri Sungai Gambai tu ko tak risik ke? katanya. Ehh Menteri mana pulak aku kata. Tu yg selalu datang UTC sama Mak Tiri kau lah ! tambah Usop. Usah buat cerita mengabunglah Ustaz !, aku ni nyanyi kompang dah kuat meleetop letop kompang tu aku kerja kan. Lain citer tak ada ke? tambah aku tutup gulung mesyuarat kedai sempang malam tadi.

Advertisements

Paksa potong: Mungkin agaknya lekit untuk mereka ini ‘menghulur’ anda di Cawangan bagi menjalankan program parti, cara ini lebih praktikal.

PUCUK pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dicadang mempertimbangkan mekanisme potongan gaji bagi anggota parti yang memegang jawatan dalam kerajaan dan agensi kerajaan untuk mengatasi masalah kekurangan dana yang membelenggu parti itu.Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Wan Saiful Wan Jan berkata gaji menteri, timbalan menteri, setiausaha politik dan anggota lembaga pengarah pelbagai agensi boleh dipotong mengikut peratusan tertentu setiap bulan bagi tujuan itu.

Dana yang dikumpulkan parti itu nanti akan membolehkan pemimpin di peringkat akar umbi parti terus bekerja memberi khidmat kepada rakyat.“Ahli-ahli majlis tertinggi, menteri-menteri, timbalan menteri-menteri dan pegawai-pegawai lantikan politik perlu sedar bahawa kita naik ke atas adalah hasil usaha orang di bawah. Jadi saya rasa apa salahnya sekiranya difikirkan mekanisme potongan gaji yang tetap daripada mereka untuk disalurkan kepada parti.“Supaya orang di bawah tahu bahawa *sokongan yang mereka beri untuk kita naik ke atas bukan menghasilkan kekayaan kepada diri kita tetapi elaun atau gaji yang kita dapat kita guna untuk bantu mereka yang beri khidmat kepada rakyat,”* katanya dalam temu bual eksklusif dengan Bernama, di Menara PTPTN, di Kuala Lumpur.

Potongan gaji seumpama itu turut diamalkan PKR dan DAP yang mana peratusan tertentu gaji anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri parti itu dipotong dan disalurkan untuk kelangsungan operasi parti. Isu kekurangan dana parti pernah hangat diperkatakan semasa Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu Kali Ke-2 hujung tahun lepas apabila Naib Pengerusi parti Abdul Rashid Abdul Rahman menggesa kerajaan menyalurkan kontrak atau projek kepada ketua bahagian parti berkenaan.

Wan Saiful berkata isu kekurangan dana juga kerap dibangkitkan oleh pemimpin di peringkat akar umbi dan beliau menyifatkan *keluhan-keluhan itu menunjukkan komitmen mereka untuk memperkukuhkan parti.

Jadi bila ketua-ketua AJK (anggota jawatankuasa) bahagian, cawangan menyuarakan kebimbingan mengenai dana parti, bagi saya ini menunjukkan bahawa mereka ada komitmen untuk beri khidmat kepada rakyat sebab itu dia perlukan dana bukan untuk memperkayakan diri. Jadi, permintaan untuk isu dana diperhatikan ialah satu permintaan yang rasional dan perlu kita beri perhatian.

Dalam pada itu Wan Saiful berkata di samping usaha untuk memastikan kontrak kerajaan diberikan secara adil tanpa campur tangan politik, pemimpin di peringkat akar umbi termasuk ketua bahagian dan cawangan perlu diberi kemahiran dan dilatih mengumpul dana untuk parti.“Kemahiran untuk buat ‘fundraising’ (mengumpul dana) ini tiada pada petugas-petugas politik. Tetapi orang-orang yang terlibat dalam NGO (pertubuhan bukan kerajaan) sebelum ini dia ada kemahiran untuk buat kertas kerja, untuk buat submission (permohonan), ke sana ke sini untuk mengumpul dana.

“Di samping kita hendak pastikan tadbir urus yang baik di peringkat negara, tadbir urus di peringkat parti ini perlu melibatkan juga latihan dan sokongan yang kita sampaikan di peringkat bahagian (dan cawangan) untuk perkukuhkan mereka. – Bernama,

Pertemuan empat mata ketua negara yang terkenal kerana tidak pernah tunduk dengan tekanan barat

Antara pemimpun dunia yang berani terutama isu Israel

Turki: Kehadiran Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, untuk menyambut ketibaan Tun Dr Mahathir Mohamad sebaik Perdana Menteri tiba dari Kuala Lumpur, malam tadi mengejutkan, terutama pihak media.

Ini disebabkan dalam jadual rasmi, Erdogan hanya akan mengadakan pertemuan empat mata dengan Dr Mahathir setelah sambutan rasmi di Istana Presiden petang ini.

Pesawat khas membawa Dr Mahathir dan isteri, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Esenboga di sini kira-kira jam 7.40 malam waktu tempatan (12.40 pagi waktu Malaysia) malam tadi untuk memulakan lawatan rasmi empat hari.

Kira-kira 15 minit kemudian, pesawat khas yang membawa Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, tiba di lapangan terbang sama, dan kedua-kedua pemimpin kemudiannya mengadakan pertemuan singkat selama 20 minit di bilik kenamaan.

Bagaimanapun, pegawai kanan Dr Mahathir, ketika ditemui berkata, memang pertemuan itu dirancang pada saat akhir.

Ketibaan juga disambut oleh Presiden Turki

“Presiden (Erdogan) sendiri mahu menyambut ketibaan Tun (Dr Mahathir) tetapi Presiden memberitahu akan sampai lewat sedikit,” katanya.

Kedua-dua pemimpin Islam itu dikenali dunia sebagai vokal dan tidak mudah tunduk kepada dunia Barat.

Terdahulu, Dr Mahathir dan isteri disambut oleh Menteri Industri dan Teknologi Turki, Mustafa Varank dan Gabenor Ankara, Vasip Sahin.

Dr Mahathir dijadual mengadakan pertemuan dengan Erdogan di Istana Presiden kira-kira jam 3.45 petang ini (8.45 malam waktu Malaysia).

Ini diikuti mesyuarat delegasi kedua-dua negara yang akan turut disertai Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah; Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darrel Leiking.

Dr Mahathir dan Erdogan kemudian dijangka mengadakan sidang media bersama, sebelum menghadiri jamuan makan malam.

  • Imej terencana – Lawatan Pak Wan ke Dubai 17 hb lalu.
  • Ihsan BH

50 Kejayaan Pakatan Harapan

Peruntukan dana sebanyak RM1 bilion menerusi dasar perumahan untuk kumpulan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) membeli rumah antara pencapaian kerajaan di bawah kepemimpinan Pakatan Harapan (PH).

Ia antara 50 pencapaian sejak kerajaan mengambil alih tampuk pentadbiran negara selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) setahun lalu yang ditonjolkan dalam klip video berdurasi lima minit.

Klip video khas bertajuk ’50 Pencapaian Kerajaan Pakatan Harapan Dalam Masa Setahun’ itu mengetengahkan pencapaian, prestasi dan kejayaan kerajaan secara ringkas.

Antaranya, peruntukan RM3 bilion untuk melaksanakan tujuh projek di Kedah antaranya pembinaan Lapangan Terbang Kulim, lebuh raya koridor utara, Taman Perindustrian Petrokimia, hub Taman Industri Pembuatan dan Logistik dan perpustakaan digital.

Kerajaan juga tidak mengetepikan pembangunan kerajaan negeri yang ditadbir pembangkang apabila menyediakan peruntukan sebanyak RM1.4 bilion untuk Kelantan bagi melaksanakan lima projek iaitu menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail, menyiapkan Central Spine Road, jajaran baharu jalan raya Pasir Puteh, Machang, Jeli, Lebuhraya Rakyat 3 dan projek jambatan Palekbang yang terbengkalai sejak 23 tahun lalu.

Turut ditonjolkan pelaksanaan program i-suri, rebat bil elektrik RM40 setiap bulan bagi keluarga miskin dan miskin tegar berdaftar dan disahkan dalam sistem e-Kasih.

Kerajaan juga menetapkan harga siling RON95 pada harga RM2.08 seliter, ini bermakna jika harga pasaran melebihi harga siling, kerajaan akan mensubsidikannya.

Bayaran bantuan awal persekolahan RM100 bagi setiap murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bagi keluarga berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan juga antara yang dilaksanakan di bawah pentadbiran PH.

Selain itu, kerajaan menetapkan semula harga minimum getah sekerap pada kadar RM2.50 sekilogram berbanding sebelumnya RM2.20.

Turut dibantu, pekebun kecil RISDA yang menerima bantuan musim tengkujuh sebanyak RM600 dan dibayar dua kali pada Disember dan Januari lalu.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung, Datuk Abdul Malik Abul Kassim telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)

Kita mengharapkan perlantikan ini nanti akan mampu menjadikan perusahaan nanas sebagai satu dari sumber utama pendapatan negara dan juga pendapatan orang ramai.

Ramai juga maklum bahawa tanaman nanas boleh membawa sumber pendapatan yang agak lumayan apabila diusahakan menepati SOP yang sudah tentu akan menghasilkan kualiti produk berkualiti yang menepati keperluan negara pengimport. Semuanya boleh dilakukan jika menurut Amalan Pertanian Yang Baik.

Nanas juga boleh dipelbagaikan jenis pengeluaran output selepas tuai yang jika ditinkan mengikuti amalan pengilangan yang baik GMP dan menurut standard HACCP, produk akhir nanas akan menepati piawaian negara maju dan pengeksport serta pengilangnya menerima harga yang jauh lebih menarik.

Tetapi bagaimanakah Kementerian patut menyediakan program pengisiannya agar dasar kerajaan baru Pakatan Harapan kali ini khususnya berkaitan dengan pengeluaran nanas dari ladang ke meja pengguna, ianya membuatkan petani, pemborong, peruncit, pengilang dan pengeksport akan menarik nafas lega.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung, Datuk Abdul Malik Abul Kassim dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) berkuat kuasa 1 Jun lalu.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Datuk Salahuddin Ayub berkata, pelantikan itu dibuat selaras kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 3(2) (a) Akta LPNM 2957 (Akta 427).

“Pemilihan Abdul Malik dibuat setelah mengambil kira semua faktor termasuk pengalaman yang dimiliki beliau yang pernah menggalas tanggungjawab sebagai Exco Pulau Pinang dan bekas ADUN Batu Maung.

“Saya juga yakin dengan kemampuan beliau (Abdul Malik) untuk menerajui LPNM dan seterusnya dapat menjadikan agensi itu sebuah organisasi yang terus ke hadapan dan memainkan peranan untuk memajukan industri nanas negara yang kian berkembang pesat.

“Kementerian melalui LPNM juga terus komited dan mengambil peluang serta potensi yang terbuka luas dalam industri nanas yang mendapat permintaan tinggi terutamanya untuk pasaran eksport,” katanya pada sidang akhbar sebaik selesai Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan di kementeriannya di sini semalam.

Beliau berkata, pembabitan meluas Abdul Malik dalam bidang korporat termasuk Ahli Mesyuarat Majlis Halal Malaysia juga bersesuaian dengan hala tuju yang diingini kementerian.

“Kementerian akan memastikan setiap individu yang dipilih (terajui organisasi kerajaan) mampu mengikuti dasar yang ditetapkan kerajaan,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai tanaman nanas, Salahuddin optimis sektor tersebut kini menjadi salah satu tanaman penting dalam negara dan selaras pelantikan Abdul Malik yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang diharap mampu melonjakkan lagi industri berkenaan.

“Kementerian yakin dengan permintaan tinggi terutamanya untuk pasaran eksport mampu memberikan pendapatan yang lumayan kepada pekebun dan pengusaha yang terlibat,” katanya.

Sebelum ini, jawatan Pengerusi LPNM disandang oleh ADUN Semarang Johor, Datuk Samsolbahri Jamali yang berkhidmat dari Julai 2013 hingga Jun 2018.

Tanaman nanas di Malaysia mampu menjadikan usahawan berpendapatan tinggi??

Persoalannya adakah bidang pertanian seperti projek pengeluaran nanas di Malaysia juga mampu untuk sama-sama menjadi tulangbelakang dalam memenuhi aspirasi negara untuk menjadi negara keusahawanan menjelang tahun 2030? Jika tiada perancangan dari sekarang maka sudah tentulah projek nanas juga menjadi sebahagian projek yang sentiasa mengharapkan subsidi berterusan dari pihak kerajaan.

Hingga kini bagaimana pihak Kementerian Pertanian MoA telah membuat persiapan untuk bersama mengembeling tenaga dan sumber agensi masing masing bagi mencapai Visi Tun Dr Mahathir Mohamad itu nanti pula?

Norhisham Exco DAP Melaka berkata tindakan pembangkang melakukan perhimpunan Seri Negeri adalah hanya mencari publisiti murahan

ER KEROH 19 Julai – “Tindakan pembangkang bagi mengadakan perhimpunan di hadapan Seri Negeri hari ini (semalam) semata-mata mencari publisiti murahan, jika nak diikutkan siapa yang mulakan dahulu? bukan saya yang mulakan dahulu!,” tegas Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Industri Asas Tani, Norhizam Hassan Baktee.

Lanjutan kepada perkara itu, satu perhimpunan telah diadakan pembangkang di hadapan Seri Negeri hari ini disebabkan tidak berpuas hati ke atas kenyataan yang dikeluarkan Norhizam dan mendakwa telah menyentuh fizikal Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam, Datuk Zaidi Attan ketika sesi soal jawab yang berlangsung baru-baru ini.

Mengulas mengenai perkara itu, Norhizam berkata, perhimpunan yang diadakan itu sengaja membikin kekecohan malah kenyataanya tidak pernah menyakiti sesiapa pada persidangan itu.

Katanya, pada perbalahan yang berlaku itu, Zaidi tidak sepatutnya menempelak sedangkan pada ketika itu beliau sedang berucap menjawab soalan pertanyaan yang diajukan oleh beberapa barisan ADUN di persidangan itu.

“Waktu saya bercakap dia tak sepatutnya bercakap, dia nak bercakap pun tunggulah saya duduk, dan apabila diberi ruang menanyakan soalan tambahan, masa itulah kena cakap.

“Pada waktu itu juga, saya cuma dengar suara dari kiri, tapi saya tak nampak orang, bila tak nampak kenalah berdiri atas kerusi.

“Tapi bila saya nak bercakap, dia nak bercakap, macam mana saya nak menjawab soalan?.

“Jadi siapa yang tak tahu etika di dalam dewan? mereka yang tak tahu sebenarnya,” katanya ketika ditemui MelakaKini selepas penangguhan sesi pertama pada Persidangan Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri ke-14 di Seri Negeri, semalam.

Menurut beliau lagi, perhimpunan yang diadakan itu tidak mengikut saluran yang betul malah memorandum yang dihantar oleh barisan perhimpunan itu perlu dihantar kepada Pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri.

“Pada saya, kita janganlah layan benda seperti ini, kalau dilayan maka hari ini kita bukan kerajaan, dia sahaja yang jadi kerajaan, maknanye kita kena takut dia, kenapa perlu takut?

“Mereka perlu tahu rakyat buat satu perubahan hari ini supaya mengajar orang terdahulu di mana telah menyusahkan rakyat selama 61 tahun.

“Apa yang kita buat, dasar kita tak menyusahkan rakyat, dasar kita menyenangkan rakyat.

“Kalau saya nak sentuh, kalau saya nak protes, saya boleh protes sebab siapa yang bodohkan saya dahulu? Dia yang bodohkan saya dahulu,” katanya.

Pada masa sama beliau turut mempertikaikan etika bekas ketua menteri, Datuk Seri Idris Haron yang berpengalaman seolah tidak memahami etika dan perundangan ketika berada di dalam DUN.

“Dia mesti tahu, maknanya dia tiada etika malah kenyataan dia itu membabitkan ibu mertua saya juga, kenapa dan mengapa? saya nak bagi penjelasan, jangan libatkan saya.

Terdahulu, perbalahan yang berlaku pada Persidangan Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri kelmarin telah mencetuskan beberapa isu yang dibangkitkan sehingga Ketua Pembangkang mengeluarkan perkataan ‘bodoh’ malah perang mulut itu berlarutan sepanjang persidangan itu.

Sumber – MHI

Share this:

Exco Pakatan Harapan Melaka itu menjelaskan bahawa perbuatan sebegitu hanyalah untuk membuang masa kerajaan PH yang sedang berusaha mengembalikan kegemilangan Melaka setelah dimusnahkan oleh kerajaan UMNO BN.

Ianya juga menunjukkan bahawa pembangkang kini telah ketandusan idea dan sangat terdesak kononnya boleh menerima simpati rakyat . Jelas rakyat tidak ambil pusing jika sekadar beberapa orang yang kecewa itu dengan mengangkat kertas brrtulis luahan kekecewaan mereka selepas gagal dalam PRU14 tempohari.

Pak Wan mahukan agar Pengerusi baru BERSATU Sarawak dilantik dari warga Sarawak sendiri

Penyelaras PBBM Sarawak Datuk Seri Redzuan Mohd Yusof (dalam baju hitam) bercakap kepada pemberita, 7 Julai 2019. – Gambar oleh Sulok TawieMore

KUCHING, 7 Julai – Parti Pribumi Bersatu Malaysia akan memilih salah satu ketua bahagian bahagian Sarawak untuk menjadi pengerusbi negeri, kata penyelaras parti Sarawak, Datuk Seri Mohd Redzuan Mohd Yusof.

Beliau berkata kepimpinan pusat parti akan menentukan siapa antara ketua bahagian yang paling sesuai untuk menjadi pengerusi negeri.

“Terdapat faktor kepimpinan yang akan diambil kira, seperti pengalaman dan ciri kepimpinan, di kalangan ketua bahagian,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata parti itu hanya akan memilih ketua bahagian sebagai pengerusi Sarawak.

Ditanya kelewatan dalam melantik pengerusi yang dilancarkan pada Disember tahun lepas, Redzuan berkata ia tidak boleh dilakukan dengan tergesa-gesa.

Beliau berkata memilih orang yang tepat untuk menjadi pengerusi adalah penting kerana dia akan menjadi pemimpin dalam mengukuhkan kedudukan parti di negeri ini.

“Kami juga ingin memastikan parti kami dapat bekerjasama bersama parti komponen Pakatan Harapan yang lain di Sarawak, seperti DAP, PKR dan Amanah,” kata Redzuan, yang juga Menteri Pembangunan Usahawan Persekutuan.

Beliau berkata beliau telah mengadakan perbincangan dengan pemimpin-pemimpin mengenai bagaimana menguatkan parti, terutama di peringkat akar umbi.

“Adalah penting untuk menguatkan diri kita kerana kita percaya bahawa pilihan raya negeri Sarawak boleh dipanggil menjelang akhir tahun depan,” katanya.

Beliau berkata beliau telah meminta pemimpin bahagian untuk persiapan diri mereka menghadapi pilihan raya negeri.

Redzuan juga menolak dakwaan bahawa kemasukan parti di Sarawak adalah untuk menghalang rakyat Sarawak yang sudah berada di dalam parti berpangkalan semenanjung seperti DAP, PKR dan Amanah, dan parti-parti tempatan seperti PBB, PRS, SUPP dan PDP.

“Kemasukan kami adalah untuk menyatukan Bumiputera di Sarawak,” katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

YB Hasan ADUN Sungai Rambai dituduh pecah amanah dengan 34 pertuduhan dari Bajet NBOS

YB Hasan ADUN Sungai Rambai dituduh pecah amanah dengan 34 pertuduan

MELAKA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Abd Rahman dan bekas keraninya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 34 pertuduhan penyelewengan dana Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bernilai RM318,400 dua tahun lalu.

Hasan, 57, dan Khuzaimah Abdullah, 34, masing-masing yang dihadapkan 34 pertuduhan secara berasingan membuat pengakuan tidak bersalah atas semua tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin.

Berdasarkan tuduhan pertama hingga ke-34, Hasan didakwa melakukan jenayah pecah amanah dana NBOS 2016 dengan menandatangani 34 cek untuk projek ternakan rusa, tanaman pisang dan sayur-sayuran gantian cili dan jagung yang tidak diterima penerima projek berkenaan.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Sungai Rambai, Kompleks Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Sungai Rambai, Jasin antara 20 Februari 2017 hingga 17 Januari 2018.

Sementara itu Khuzaimah yang juga bekas kerani JAPERUN turut berdepan 34 pertuduhan atas dakwaan sama bersubahat dengan wakil rakyat berkenaan untuk melakukan pecah amanah membabitkan nilai dan tempoh masa sama.

Bagi semua tuduhan itu, kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan dengan Khuzaimah dibaca bersama Seksyen 109 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebat dan denda.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Gam Peng Kun, menawarkan ikat jamin RM50,000 bagi semua tuduhan dengan seorang penjamin dan pasport perjalanan tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Peguam Hamidi Mohd Noh dan Mohd Haziq Zali yang mewakili Hassan manakala Khuzaimah diwakili peguam Ahmad Faiq Azizan dan Muhammad Nor Izzat Nordin tidak membantah berhubung jaminan itu.

Mohd Nasir kemudian pada penghakimannya membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Beliau menetapkan 20 Ogos depan bagi sebutan semula kes dan serahan dokumen.385153

Srikandi Melaka jangka ada pertandingan sihat tentang Rina dalam pemilihan sayap nanti

YANG TULAR KINI:

RINA HARUN PERLU DIGANTIKAN KEPADA SAYAP KEMPIMPINAN SRIKANDI YANG BAHARU

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh

Merujuk kepada kenyataan Ketua Srikandi Negeri Melaka yang bertajuk RINA HARUN PERKU KEKAL PERTAHANKAN JAWATAN SEBAGAI KETUA SRIKANDI BERSATU MALAYSIA dengan merujuk daripada laporan penuh dari Bernama bertarikh 2hb Julai 2019

Laporan penuh : http://bernama.com/bm/politik/news.php?id=1741316

Dari beberapa pendapat terbuka sayap Srikandi Negeri Melaka mengalu-alukan kehadiran kepimpinan baru Srikandi Bersatu Malaysia memandangkan beberapa aspek yang ditekankan seperti berikut:

  1. Setelah 3 tahun memegang tampuk Ketua Sayap Srikandi, sentuhan beliau tidak begitu padu di bawah pimpinan yg di lantik. Perpecahan berlaku di akar umbi. Sayap adalah penting untuk kekuatan induk parti. Ini disebabkan sikap beliau yang tidak mengamalkan dasar mendengar secara terbuka dari seluruh suara Srikandi umumnya. Hal ini berlarutan dan telah menjadi perhatian oleh Srikandi – Srikandi yang mana telah mengenali beliau dari awal. Tambahan, sikap kurang mesra yang ditunjukkan dapat dilihat dari mata kasar, berbanding sikap beliau yang merendah diri seperti awal dilantik menjadi Ketua Pimpinan Srikandi Bersatu malaysia.
  2. Semasa perlantikkan, beliau telah dilantik, dan bukanlah di pilih. Ketika perlantikan, pimpinan pusat tidak mempunyai pilihan dan Rina di lantik atas dasar beliau antara ahli terawal yang memasuki Bersatu.
  3. Kini parti sudah berkembang. Akar umbi menentukan kepimpinan yg lebih baik melalui pemilihan. Kegagalan sesebuah kumpulan adalah kegagalan dari Ketua.
  4. Kami Srikandi Melaka gagal mendapat satu suara sepakat yang sekata memandangkan kami tidak dapat berkomunikasi dengan baik bersama Ketua Pimpinan Srikandi Negeri Melaka, dan kami juga tidak dapat bersuara terus kepada Ketua Pimpinan Srikandi Bersatu Malaysia memandangkan mereka mengamalkan dasar sikap terbuka dan secara tidak langsung, tiada inisiatif untuk menyatukan ukhuwah sesama Srikandi Malaysia. Mudah dirumuskan, komunikasi antara Srikandi sesama Srikandi adalah GAGAL sama sekali.

Kesimpulan yang dapat dibuat di sini, tempat Rina Harun perlu diganti oleh orang baharu. Masih ada lagi Srikandi yang mampu menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pimpinan Bersatu Malaysia dan lebih layak dari segi pendidikan, kerjaya dan juga daya pemikiran yang lebih strategik sebagai Ketua.

SRIKANDI MELAKA

YB Hasan DUN Sg Ramai dan Kerani JAPERUN ditahan SPRM

Berikan sokongan moral kerana tuduhan belum bermakna YB Mantan Exco Keusahawanan itu bersalah dalam pengubahan wang haram. Orang Kg Sungai Rambai harap bersabar dan buatlah persiapan yang perlu, kita harapkan tidak berlaku PRK pula.

ASTRO: KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri Melaka telah menahan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Abd Rahman dan kerani JAPERUN, Khuzaimah Abdullah.

Penahanan mereka disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya menerusi kenyataannya pada Isnin.

Menurut Latheefa, kedua-dua mereka telah dibebaskan dengan ikat jamin SPRM namun perlu hadir ke mahkamah es

“Mereka dikehendaki hadir di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh untuk dituduh pada Selasa.

“Datuk Hasan yang merupakan ADUN Sungai Rambai adalah bekas Exco Kerajaan Negeri pada masa sama bertanggungjawab bagi portfolio Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN).

“Kes adalah berkaitan penyelewengan peruntukan bagi Inisiatif Strategic Linkage di bawah Program Strategik Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) tahun 2016 untuk Negeri Melaka yang disalurkan pada JAPERUN,” jelasnya lagi.

Tag: ADUNMahkamah SesyenExcoSPRMLatheefa KoyaSPRM Melaka,Adun Sungai RambaiJAPERUNrasuahHasan Abd RahmanKhuzaimah AbdullahpenyelewenganperuntukanNBOS

Aidilfitri Di Melaka Disambut Meriah

Pak Wan mengucapkan Selamat Hari Raya Dan Bermaafan, Politik Yang Matang Demi Kemajuan Bangsa – Majls YB Datuk Seri Idris Hatun turut diadakan pada tarik yanh sama di Tangga Batu.
Bukan senang mereka nak sembang, masing-masing sebuk dengan tugas mereka.
Penyampaian Duit Raya Oleh YAB Saudara Adly Zahari Sememangnya Dinantikan

Ketua Menteri Melaka juga turut meraikan Aidilfitri BERSATU Masjid Tanah

Rumah Terbuka Aidilfitri YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Ramai Pimpinan Pelbagai Peringkat Hadir

Tan Sri A Rahim Tamby Chik , Mantan Ketua Menteri Melaka juga turut hadir bagi memeriahkan program Rumah Terbuka Pak Wan ini

Setiausaha Politik Menteri Pembangunan Usahawan tidak akan bertanding dalam pemilihan parti BERSATU di Melaka.

Sungai Rambai 13 Feb 2020 Setiausaha Politik Kepada Menteri itu ketika dihubungi krew melakaonline menerusi Setiausaha Cawangan Parit Putat, Nazri Adan telah mengesahkan yang beliau tidak akan bertanding bagi merebut sebarang jawatan samada di Peringkat Cawangan atau Bahagian di Jasin, Melaka.

Tiada sebarang kenyataan tentang sebab mengapa beliau tidak akan bertanding dalam pemilihan parti yang pertama kali yang akan diadakan itu nanti semenjak BERSATU ditubuhkan.

Mejar (B) Mohamad Rahim Bin Osman sebelum ini merupakan Ketua Cawangan Parit Putat; manakala Setiausaha Cawangan beliau juga turut tidak menawarkan diri untuk bertanding pada 01 Mac 2020 yang akan datang.

M Rahim (dua dari kanan) ketika merasmikan program ‘Back To School’ di Sekolah Kebangsaan Batu Gajah, DUN Sungai Rambai baru baru ini.

Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof telah menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Bahagian Masjid Tanah

Mengapakah Parti BERSATU ini ditubuhkan?

Sudah tentu mereka yang mula-mula bersama saya di Melaka tahu dan faham erti perit dan jerih membawa masuk Parti ini ke Negeri Melaka.

Mencari pengerak-pengerak awal yang benar-benar berani tampil kehadapan memang tidak ramai. Ketika itu, masing-masing takut dan gentar.

Namun, hari ini setelah Parti BERSATU tumbuh mekar. Segelintir yang hadir selepas Pakatan Harapan menang PRU 14 lalu ibarat enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.

Malah ada yang menjadi dedalu, menumpang di dahan pokok tinggi dengan tanpa segan silu mengambil manfaat dan khasiat dari pokok terbabit. Akhirnya, dedalu itu meninggi tanpa melihat lagi ke bawah.

Pak Wan bukanlah lahir dari golongan orang politik. Dengan berkat tunjuk ajar YB Tan Sri Muhyiddin Yasin selaku rakan akrab, tatkala UMNO menyisihkan beliau. Kamilah yang datang membantu memberikan sokongan dan dokongan daripada terus rebah.

Hari ini, Pak Wan semakin faham erti politik. Sepak terajang politik adakalanya tidak terjangkau dek akal. Tangan yang memberi inilah yang digigit dan digonggongnya semula. Namun atas niat suci dan murni mahu membantu YAB Tun Dr Mahathir membetulkan semula negara. Saya hadir dengan lapang dada untuk membantu.

Pemilihan BERSATU Bahagian Masjid Tanah akan diadakan pada 23 Feb 2020 (Ahad). Justeru, Pak Wan mohon kepada seluruh ahli Parti BERSATU Bahagian Masjid Tanah untuk terus kekal bersama Pak Wan. Kelemahan yang ada perlu perbaiki dan bukan dirosakkan lagi.

Dengan lafaz Bismillah, Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Pak Wan dengan rendah diri mahu mengambil tanggungjawab menawarkan diri sebagai Calon Ketua Bahagian BERSATU Masjid Tanah.

#Mediap134mt

https://melakaonline.org

Ketua Srikandi Melaka ditentang oleh Mazliah Abd Rahman dengan 3 penjuru.

Sungai Rambai 07 Feb 2020 Azalina Abdul Rahman yang juga merupakan Ketua Srikandi BERSATU Bahagian Jasin, baru baru ini yang dilantik oleh YB Datuk Seri Rina Harun sebagai Setiausaha Sulit Menteri Pembanguna Luar Bandar, akan ditentang hebat dalam pemilihan secara 3 penjuru oleh Mazlihah Abd Rahman (AJK Cawangan Parit Putat, calon tunggal) dan Wahdaniah iaitu Penyandang Naib Ketua Srikandi Bahagian Jasin dalam barisan Azalina sendiri sebelum ini.

Pengesahan pencalonan jawatan Sayap parti itu telah disahkan 2 hari yang lalu secara rasmi oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti JPP.

Mazlihah Abd Rahman (Calon Nombor 1) juga adalah anak jati DUN Sungai Rambai akan bertanding menentang Azalina Abd Rahman , Penyelaras DUN Sungai Rambai (penyandang Ketua Srikandi Melaka kini)

Mazliah yang ditemui oleh krew media melakaonline mengucapkan terima kasih kepada ahli dan penyokongnya terhadap kepercayaan yang diberikan oleh rakan ahli yang menyokong beliau untuk bertanding bagi memberikan demokratik untuk pilihan barisan pimpinan baru yang akan berlangsung yang dijangkakan pada 26 Feb 2020 yang akan datang.

Mazliah yang bekelulusan Ijazah Sarjana (Master) kini selain terpaksa meluangkan masa untuk berkempen politik untuk pemilihan parti itu, juga sebuk menyelaras dan merancang program latihan dalam menwujudkan sebuah perniagaan baru bertaraf produk export bagi menjamin kebajikan, kelangsungan ekonomi dan tambahan pendapatan kepada ahli Persatuan Usahawan Wanita Sungai Rambai yang kini beliau mempengerusikannya.

Antara lain program yang akan dilaksanakan oleh Mazlihah pada 22 Jan 2020 ini di Sungai Rambai

Sila Klik (poll calon Ketua Srikandi):

https://strawpoll.com/hspz6f2p

Rina Harun Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Azalina Abd Rahman, Setiausaha Sulit Kepada Menteri juga ditentang dalam pemilihan Ketua Srikandi di Bahagian Sepang dan Jasin

Putrajaya 01 Feb Pemilihan parti BERSATU buat julung kalinya akan diadakan beberapa minggu sahaja lagi. Esok adalah tarikh pengumuman semua nama-nama calon yang akan bertanding kali ini di semua 6 Bahagian di Melaka, manakala bantahan boleh dilakukan sehingga pada 14 Februari ini.

Sementara itu Datuk Seri Rina Harun iaitu Ketua Srikandi BERSATU Malaysia yang juga merupakan Menteri Pembangunan Luar Bandar juga turut berhadapan satu lawan satu dengan Hafiza Jusoh bagi jawatan Srikandi Sepang.

Pertandingan 3 penjuru Srikandi Bahagian Jasin, Melaka

Siapakah yang anda akan pilih sebagai Ketua Srikandi  kali ini dan mengapa? Tentulah telah ada jawapan tentang siapakah calon yang berada difikirkan anda.

Bagi calon Ketua Srikandi Jasin pula pertandingan dijangkakan sengit secara 3 penjuru memperlihatkan Mazlihah Abdul Rahman, AJK Cawangan Parit Putat akan menentang Azalina Abd Rahman iaitu Setiausaha Sulit Kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar Rina Harun.

Azalina selaku penyandang Ketua Srikandi Jasin itu kini juga merupakan Ketua Srikandi Melaka, kini cuba mempertahankan jawatan itu dalam pemilihan sayap BERSATU Bahagian Jasin itu turut dicabar oleh Ketua Cawangan Umbai iaitu Wahdaniah. Ini menjadikan pertandingan pertama BERSATU itu tambah menarik dan menjadi perhatian ramai.

Mazliah yang sedang menyempurnakan peringkat akhir pendidikan beliau di bidang Doktor Falsafah PHD itu ketika dihubungi pihak media menyatakan hasratnya untuk bertanding sebagai calon Ketua Srikandi Bahagian diatas desakan dan sokongan rakan-rakan ahli BERSATU bagi memberikan pilihan kepada akar umbi dalam susunan jentera BERSATU yang lebih mantap bagi menghadapi PRU15 yang dijangka kan lebih mencabar berbanding semasa PRU14 yang lalu.

Mazlihah bersama YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan yang juga Ketua Badan Pimpinan BERSATU Melaka dalam program Santai Bersama Pak Wan pada 25 Januari yang lalu di Cawangan BERSATU Serkam Darat, Melaka.

Mazlihah Menentang Azalina Sebagai Ketua Srikandi Bahagian Jasin

Mazlihah Abd Rahman akan turut mencabar Azalina Abdul Rahman, Penyelaras DUN Sungai Rambai di BERSATU Bahagian Jasin, Melaka dengan pertandingan secara 3 penjuru.

Beliau adalah anak jati Sungai Rambai dan tinggal menetap juga di Sungai Rambai, Melaka.

Akademik: Doktor Falsafah PHD

Rancangan Sungguh dan Benar Dari MediaP134MT

Mazliah Abd Rahman Pencabar Ketua Srikandi Melaka di Bahagian Jasin

Sungai Rambai 30 Januari Mazliah Abd Rahman yang merupakan AJK Cawangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia – BERSATU Cawangan Parit Putat, merupakan pencabar kepada Azalina Abd Rahman dalam proses pemilihan parti itu kali ini.

Azalina adalah penyandang Ketua Srikandi Bahagian Jasin dan juga merupakan Ketua Srikandi Melaka sebelum ini, juga mendapat tentangan dari Mazlihah dan Wahdaniah dengan pertandingan secara 3 penjuru. Pencalonan Mazlihah telah disempurnakan pada 26 Jan lalu di Ames Hotel, Ayer Keroh.

Pemilihan BERSATU kali ini adalah merupakan pertandingan pertama dan julung kalinya diadakan semenjak parti itu didaftarkan 3 tahun lalu. BERSATU merupakan komponen kepada Kerajaan Pakatan Harapan yang telah memenangi Pilihanraya Umum Ke-14 dan menumbangkan Kerajaan UMNO Barisan National tahun 2018.

Pemilihan BERSATU Bahagian Jasin dijangkakan akan diadakan tidak lama lagi dengan melihatkan kebanyakan kerusi Ahli Jawatankuasa Bahagian Jasin juga turut dipertandingkan termasuk sayapnya iaitu Srikandi dan Armada.

Menjelang Pemilihan BERSATU; 3 Ciri Utama Perlu Ada Pada Pemimpin Yang Dipilih

MEMPERKENALKAN:

  • Bakal Calon: AJK BAHAGIAN JASIN
  • Nama Bakal Calon: Lihasrizad Bin Ismail
  • Alamat: Jalan SRM 3, TAMAN Sungai Rambai Mutiara, 77400 Sungai Rambai, Melaka.
  • Umur: 37 tahun
  • Cawangan Kini: BERSATU Cawangan Parit Putat.

TAHAP PENDIDIKAN:
Level: PHD (Sedang menyempurnakan)
Bidang Pengajian: “Faculty of Technical & Vocational Education”
Major: New Media & TVET
Nama Institusi: University Tun Hussein Onn (UTHM)
Lokasi: Batu Pahat, Johor Bahru.
Sedang menuntut: Disember 2014 – sehingga kini

Ijat adalah nama yang biasa disebut oleh penduduk Kampung Sungai Rambai; beliau juga merupakan Pengerusi MPKK Sungai Rambai. (Gambar: Bersama Nazri Adan, Setiausaha BERSATU Cawangan Parit Putat ketika menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada pesakit yang terlantar di Kampung Parit Putat tempuhari

Sungai Rambai 13 Jan 2020 Kita sendiri boleh lihat tentang daya kepimpinan seseorang atau ‘kem’ mereka melalui gerakerja politik yang dilakukan didalam ruang lingkup Negeri, Bahagian, Cawangan atau Lokaliti. Apakah yang selama ini ‘kem’ mereka lakukan semenjak menerajui kepimpinan dipelbagai peringkat organisasi sebelum ini?

Lebih mudah jika diri pemimpin yang dicalonkan itu bagaimanakah dilihat oleh ahli parti dan orang ramai? Kenapa pula selama ini ianya tidak berjaya mengukuh dan memantapkan serta menggerakkan organisasi yang mereka atau ‘kem’ mereka kelolakan.

Rata-rata apa yang di perkatakan tentang tidak perubahan, tidak mengambil berat anak buah dibawah, tidak menghormati pemimpin yang diatas, mementingkan diri sendiri, tidak sensitif terhadap sebarang desakan orang bawah, tiada gerakerja menyantuni rakyat, berdiam diri tanpa berbuat sesuatu sedangkan beliau sedang berkuasa (penyandang jawatan); yang jelas mereka ini hanya kelihatan ketika sampai masa pemilihan parti sahaja (ketika tempoh kempen). Pemimpin atau ‘kem’ ini perlu ditolak dan tidak wajar diberikan ruang atau dipilih semula untuk memegang apa apa jawatan dalam parti untuk tempoh sesi pemilihan yang baru.

Kem dan Wang dalam politik

Sebaiknya ‘kem’ baru perlu diberi peluang untuk menerajui organisasi itu agar lebih banyak idea baru, gerakerja parti, program menyantuni ahli dan masyarakat yang benar-benar berimpak boleh dilakukan tanpa dipengaruhi oleh ‘orang lama’ dalam parti sedia ada.

Wang bukanlah merupakan penghalang kejayaan gerakerja parti kerana apa sahaja aktiviti boleh dilakukan melalui dayausaha tanpa melibatkan wang yang banyak lebih-lebih lagi parti BERSATU kita adakah sebahagian dari komponen Pakatan Harapan yang menerajui kerajaan baru Malaysia.

Kepemimpinan merujuk kepada kemampuan mengambil peranan mempengaruhi orang lain ke arah kebaikan. Seorang pemimpin perlu mempunyai personaliti yang mampu mempengaruhi orang lain serta bersedia ditegur atau dikritik oleh orang lain.

Dalam konteks Islam, kekuatan keimanan dan keyakinan terhadap Allah SWT adalah aspek penting, sekali gus menjadi satu kekuatan apabila diuji dengan pelbagai cabaran. Pemimpin yang baik tidak mudah berputus asas atau cepat mengalah kerana yakin Allah SWT sentiasa bersamanya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota itu tetap akan ditanya mengenai apa yang dilakukannya.” (Surah al-Israk, ayat 36)

Selain itu, pemimpin yang baik mempunyai daya fikiran jauh ke hadapan atau berwawasan. Mereka akan sentiasa dipandang oleh masyarakat sekeliling sebagai seorang yang mempunyai nilai dan diyakini.

Kesemua ciri atau nilai itu sekali gus melambangkan keperibadian dimiliki Rasulullah SAW yang mempunyai prinsip wawasan masa hadapan, musyawarah dan mempunyai kepemimpinan dengan teladan atau uswatun hasanah.

Tiga ciri utama

Terdapat tiga ciri utama dalam kepemimpinan Rasulullah SAW iaitu wawasan yang jelas, nilai baik dan daya kekuatan.

Pemimpin yang mempunyai wawasan jelas memiliki kemampuan berfikir dalam pelbagai pendekatan bagi mencari alternatif serta mampu memperjelas atau memperhalusi sesuatu yang abstrak kepada yang nyata.

Memimpin orang lain dengan nilai kasih sayang, teladan serta mempunyai nilai integriti dalam diri.

Memiliki daya kekuatan hingga mampu menggerakkan orang lain serta mempunyai daya tahan fizikal dan mental.

Sehubungan itu, wajar kita melatih generasi muda supaya mempunyai nilai dan ciri kepemimpinan yang mampu mengurus diri serta mempengaruhi orang lain di sekelilingnya. Untuk itu kita perlu melatih generasi muda supaya belajar daripada keadaan yang berlaku di sekeliling mereka.

Selain itu, mereka juga hendaklah didedahkan kepada sirah Rasulullah SAW supaya menerapkan dalam diri sifat bertanggungjawab, amanah, seperti ditunjukkan Baginda SAW untuk menjadi pemimpin hebat di masa depan.

Kerja berpasukan

Membabitkan diri dalam organisasi dapat memupuk nilai kepemimpinan generasi muda dalam masyarakat. Ini dilakukan oleh Rasulullah SAW, ketika berumur 20 tahun Baginda aktif sebagai anggota Hilful Fudhul iaitu organisasi masyarakat Makkah yang menjaga daripada gangguan musuh dan penganiayaan pihak asing.

Melalui pembabitan dalam bidang sukan akan melatih anak muda erti perjuangan, kemenangan, kekalahan serta tidak mudah mengaku kalah. Persaingan hidup dalam semua perkara dan bidang hari ini semakin sengit, justeru mereka perlu bersedia.

Dalam sukan atau pertandingan juga ditanamkan semangat bekerjasama secara berpasukan atau hidup berjemaah kerana kekuatan dan saling bekerjasama berpasukan penting untuk memperoleh kemenangan.

Hakikatnya, banyak nilai positif dalam kepemimpinan perlu didedahkan kepada generasi muda kerana kita tidak mahu meninggalkan generasi yang lemah untuk menghadapi cabaran lebih hebat terhadap Islam serta umatnya pada masa hadapan.

LATARBELAKANG PENDIDIKAN CALON:

Level: Master’s Degree
Field of Study: Art & Design
Major: New Media
Name of Institution: Mara University of Technology (UiTM)
Location: Malaysia, Jalan Othman Petaling Jaya
Graduation Date: 11/2011

Level: Bachelor’s Degree
Field of Study: Art & Design
Major: Graphic design & Multimedia
Name of Institution: Mara University of Technology (UiTM)
Location: Malaysia, Malacca
Graduation Date: 11/2001

MAJOR SUBJECT (Master of New Media)

  1. 3D Animation and T B/Media A
  2. Thesis (New Media)

DIY – BELAJAR BUAT BEG SENDIRI:

Mazliah bakal Calon Ketua Srikandi Bahagian Jasin sedang membuat pelan beg ketika bersama menghadiri kursus petang tadi

Parit Putat 12 Jan 2020 BERSATU Cawangan Parit Putat, DUN Sungai Rambai, Melaka dengan kerjasama pihak KEMAS bentar tadi mengambil inisiatif bagi menganjurkan kursus membuat beg, ianya merupakan inisiatif Ketua Srikandi disitu dengan melibatkan seramai 20 orang Srikandi sekitar Cawangan Parit Putat.

Menurut Mejar (B) Mohamad Rahim Bin Osman iaitu Ketua Cawangan BERSATU Parit Putat; event itu telah dilaksanakan secara bersama yang bertujuan untuk memberi ruang kepada kaum wanita tempatan untuk menambah sumber pendapatan mereka dengan mempelajari kemahiran baru yang telah dikendalikan oleh guru KEMAS bertempat di Balai Raya, KgTambak Merah, DUN Sungai Rambai, Melaka.

Terima kasih,
Mejar (B) Mohamad Rahim Bin Osman
Ketua Cawangan BERSATU
Parit Putat.

√ PENYELARAS EVENT: Puan Fatimah – Ketua Srikandi bersama Puan Mazliah (Pembantu)
√ Cikgu Hariany.

Puan Mazliah Abdul Rahman merupakan anak jati dari Kg Batu Gajah, DUN Sungai Rambai disebut menjadi pencabar utama kepada penyandang Ketua Srikandi sebelum ini iaitu Puan Azalina
20 orang pelatih kursus DIY yang turut sama mempelajari kaedah membuat beg pelbagai guna siang tadi

 

Hari Penamaan Calon Pemilihan BERSATU Melaka ditetapkan pada 13 Januari 2020 di Ames Hotel Ayer Keroh.

BILA SISTEM ONLINE TIDAK SEMESTINYA MENJADI CEKAP, MALAHAN JADI BERGARUK:

Sungai Rambai 11 Jan 2019 Pada prinsipnya semua ahli perlu ada cawangan masing masing (ada rumah).Sebahagian besar ahli telah dipindahkan ke cawangan yg hampir tetapi berhak memindahkan semula jika memilih cawangan yang lain.

Jika Bahagian atau petugas tidak dapat menempatkan pada tempoh yang ditetapkan, maka pihak Pusat akan menempatkannya sahaja ke lokasi yang difikirkan sesuai.

Apapun dari awal lagi kita lihat sistem ini tidak benar benar secure dan tanpa LOGIN DAN KATALALUAN; manakaka Katalaluan juga tidak dapat ditukar akan menyebabkan ramai yang boleh log masuk tanpa sekatan.

Apa nak buat? Tanggunglah aja berkecamuk tuh. Buat dan sediakan sistem agak cincai sahaja. Maka hasilnya yang kita dapat juga cincai. Apapun penamaan calon bagi Pertandingan Peringkat Bahagian tetap pada 13 Januari 2020 ini. Selamat menamakan Calon Bahagian masing-masing.

ANDA YG DESIGN & RANCANGKAN SISTEM, KAMI PULA DIPERSALAHKAN AKIBAT AMBIL MUDAH YG ANDA LAKSANAKAN. ADA BETUL KAH???